Bahasa MelayuEnglish (UK)

Pengenalan

Unit Penyelidikan Kecerdikan Buatan (AiRU) telah dimulakan dalam tahun 1998 sebagai kumpulan penyelidikan daripada geran IRPA untuk projek Navigational Aid to Visually Impaired (NAVI) di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah. Seterusnya, AiRU telah berkembang dan menjadi sebuah unit penyelidikan pada 2 Disember 2010. Ketika ini, penyelidikan-penyelidikan AiRU dijalankan oleh 6 kumpulan penyelidikan iaitu"Knowledge Discovery and Machine Learning" (KDML), "Nano Engineering and Materials" (NEMS), "Biomimetic Computing" (BiRG), "Robotics and Intelligent Systems" (myRIS), "Vision and Language" (V&L) dan "Intelligence Signal Processing" (ISP).

MISI

  1. Untuk membangunkan P&P&I projek di dalam bidang kecerdasan buatan dan aplikasinya.
  2. Untuk mempromosikan penggunaan teknologi AI kepada industri-industri di Malaysia dan Sabah.
  3. Untuk bekerjasama dengan industri dan institut penyelidikan untuk penambahbaikan dan pengkomersilan produk.

VISI

Bertekad untuk menjadi pusat peneraju bagi P&P&I di dalam bidang kecerdasan buatan dan aplikasinya