Fungsi & Peranan

   Fungsi:-

  • Menyemai tautan atau "connectedness" antara universiti (Alma Mater) dengan Alumni dan juga kalangan sesama mereka.
  • Memupuk dan mengekalkan kerjasama yang berterusan antara Alumni dengan UMS ke arah kebaikan Alumni dan pemantapan pembangunan UMS sendiri.
  • Memudahcara kepada Alumni sebagai rakan kongsi kepada agensi-agensi kerajaan/swasta dalam mengendali keperluan sumber tenaga kerja, seminar, persidangan, ceramah dan sebagainya yang melibatkan universiti.
  • Dengan penglibatan Alumni luar Negara, maka lebih meluas lagi litupan oleh UMS dalam ertikata "libat sama global".
  • Persepaduan kekuatan sedia ada dalam UMS ditambah pula dengan kemahiran, kecekapan dan keupayaan dari sektor Alumni, akan menghasilkan pemantapan kapasiti secara sinergi.
  • Membantu UMS menjana dana, membawa Alumni memberikan maklumbalas untuk penambahbaikan kecemerlangan imej, kurikulum dan kokurikulum dsb.
  • Membantu UMS dalam perancangan terutamanya ke atas pensegmenan pasaran, khususnya dalam konteks pengantarabangsaan.

 

   Peranan:-

  • Sebagai pengantara bagi pakatan strategik antara UMS dengan Alumninya  baik dari sektor awam dan swasta, dalam mahupun luar Negara.
  • Mengadakan program-program yang melibatkan Alumni melalui sumbangan kepakaran dan kemahiran mereka yang dapat dikongsi bersama kepada bakal graduan untuk peningkatan diri dan kerjaya mereka kelak.
  • Menyokong usaha Universiti untuk merealisasikan hasrat Alumni dalam member sumbangan kepada pembangunan Universiti dan kebajikan pelajar.
  • Menghubungkan dan menyelaras semua pengurusan dan aktiviti Alumni yang dijalankan oleh Chapter-Chapter Alumni UMS.
  • Mewujudkan dan mengamalkan kerjasama yang berterusan dengan Alumni untuk pembangunan kebajikan pelajar dan sokongan kepada agenda pembangunan Universiti.
  • Merangka rancangan jangka panjang untuk penjanaan dana Tabung Amanah Alumni dan memanfaatkan dana tersebut untuk pembangunan Universiti dan Alumni amnya.
  • Mengharumkan nama dan reputasi UMS dalam landskap pendidikan tinggi Malaysia mahupun antarabangsa.