MalayChinese(Simplified)English (UK)
Copyright 2017 - Custom text here

15 Pelajar UMS Sertai Program Latihan Sangkutan Pelajar Diplomat

15 pelajar ums sertai program latihan sangkutan pelajar diplomat

program diplomat

KHAMIS, 30 JULAI - 15 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari pelbagai fakulti terpilih bagi menyertai Program Latihan Sangkutan Pelajar Diplomat ke Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Program selama tiga minggu yang bermula dari 27 Julai sehingga 14 Ogos ini menyaksikan para pelajar berpeluang untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam aspek diplomasi hasil lawatan ke Wisma Putra serta penglibatan secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut.

Sebuah projek sangkutan di bawah Program Seranta dan Diplomasi Awam oleh Menteri Luar Negeri Malaysia,  Dato’ Sri Anifah Hj. Aman, pemilihan pelajar-pelajar UMS buat julung kalinya ini adalah satu penghormatan kepada UMS yang dilantik sebagai pelopor bagi program Latihan Sangkutan Pelajar Diplomat atas pengiktirafan yang begitu tinggi oleh kementerian tersebut.

Melalui program ini, para peserta akan dilatih menguasai kemahiran-kemahiran perorangan dan meningkatkan mutu kemahiran komunikasi, penampilan diri, penyampaian, dan kemahiran-kemahiran lain selain mendapat pendedahan kepada fungsi Kementerian Luar Negeri.

Pelajar Diplomat UMS ditubuhkan sejak tahun 2014 dan kini mempunyai ahli  seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian di Universiti Malaysia Sabah.

Baca lagi

 

 

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

1.png7.png6.png7.png2.png0.png
Ahad, 23 April 2017 19:47