MalayChinese(Simplified)English (UK)
Copyright 2017 - Custom text here

Alumni UMS Disaran Sumbang Semula Kepada Universiti

Alumni UMS Disaran Sumbang Semula Kepada Universiti

Tarikh: Isnin, 28 Mac 2016 , 

alumni homecoming

 

ISNIN, 28 MAC – Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran agar menyumbang semula kepada pembangunan universiti dalam pelbagai aspek demi manfaat bersama.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi berkata, alumni yang kini berjumlah 52,120 orang mampu memberi sumbangan semula kepada universiti bukan sahaja dari segi jaringan kerjasama industri tetapi juga melalui sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

“Universiti terkemuka seperti Universiti Harvard misalnya, mempunyai sebuah tabung endowmen yang sehingga kini berjaya mengumpulkan dana mencecah AS$32 bilion hasil sumbangan alumni universiti tersebut.

“Justeru, saya berpesan kepada para alumni agar membalas semula budi dan bakti universiti dengan memberi sumbangan atau menderma semula demi kemajuan UMS,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Homecoming Alumni UMS di salah sebuat hotel di Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Tun Zaki turut mencabar Pertubuhan Alumni UMS untuk mengadakan majlis sama pada tahun hadapan di Kuala Lumpur dan mengumpul seramai 1,000 orang alumni yang berada di sana, sekali gus meletakkan sasaran kutipan dana sebanyak RM1 juta.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Alumni UMS, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata hasil kutipan tabung dana pertubuhan tersebut telah mencecah RM100 ribu.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa pertubuhan ini pada 22 Mac lalu sebulat suara bersetuju menyumbangkan RM40 ribu kepada UMS, bukan dalam bentuk wang tunai tetapi menyumbang kepada pembangunan infrastruktur bagi kemudahan mahasiswa,” ujarnya.

Pada malam tersebut, persembahan nyanyian lagu bertajuk My Way oleh Tun Zaki turut berjaya meraih penambahan kutipan dana sebanyak RM100 ribu untuk tabung pertubuhan alumni berkenaan. -MA-

Foto: Musaab Umair

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

1.png7.png6.png7.png1.png9.png
Ahad, 23 April 2017 19:41