MalayEnglish (UK)

Artikel

Visi

Utama > Latar Belakang > Visi

Bertekad Menobatkan Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah 

MISI

Mengeratkan hubungan kolaborasi antara alumni dengan UMS untuk faedah bersama.

OBJEKTIF

Untuk menyediakan satu arena bagi jalinan produktif dan perkongsian pintar antara Alumni dengan UMS demi keseinambungan kecemerlangan Universiti 

FUNGSI

1. Menyemai tautan atau "connectedness" antara universiti (Alma Mater) dengan Alumni dan juga kalangan sesama mereka.

2. Memupuk dan mengekalkan kerjasama yang berterusan antara Alumni dengan UMS ke arah kebaikan Alumni dan

   pemantapan pembangunan UMS sendiri.

3. Memudahcara kepada Alumni sebagai rakan kongsi kepada agensi-agensi kerajaan/swasta dalam mengendali keperluan

   sumber tenaga kerja, seminar, persidangan, ceramah dan sebagainya yang melibatkan universiti.

4. Dengan penglibatan Alumni luar Negara, maka lebih meluas lagi litupan oleh UMS dalam ertikata "libat sama global".

5. Persepaduan kekuatan sedia ada dalam UMS ditambah pula dengan kemahiran, kecekapan dan keupayaan dari sektor Alumni,

   akan menghasilkan pemantapan kapasiti secara sinergi.

6. Membantu UMS menjana dana, membawa Alumni memberikan maklumbalas untuk penambahbaikan kecemerlangan imej,

    kurikulum dan kokurikulum.

 

PERANAN

1. Sebagai pengantara bagi pakatan strategik antara UMS dengan Alumninya  baik dari sektor awam dan swasta,dalam

   mahupun luar Negara.

2. Mengadakan program-program yang melibatkan Alumni melalui sumbangan kepakaran dan kemahiran mereka yang dapat

   dikongsi bersama kepada bakal graduan untuk peningkatan diri dan kerjaya mereka kelak.

3. Menyokong usaha Universiti untuk merealisasikan hasrat Alumni dalam member sumbangan kepada pembangunan Universiti

   dan kebajikan pelajar.

4. Menghubungkan dan menyelaras semua pengurusan dan aktiviti Alumni yang dijalankan oleh Chapter-Chapter Alumni UMS.

5. Mewujudkan dan mengamalkan kerjasama yang berterusan dengan Alumni untuk pembangunan kebajikan pelajar dan

   sokongan kepada agenda pembangunan Universiti.

6. Merangka rancangan jangka panjang untuk penjanaan dana Tabung Amanah Alumni dan memanfaatkan dana tersebut untuk

   pembangunan Universiti dan Alumni amnya.

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

Kami mempunyai 40 pengunjung dan tiada ahli dalam talian