MalayChinese(Simplified)English (UK)
Copyright 2017 - Custom text here

Dilahirkan Separa Buta Tidak Halang Graduan OKU UMS Capai Kejayaan

dilahirkan separa buta tidak halang graduan oku ums capai kejayaan 

Tarikh : Selasa,  12 Disember 2015 | Diterbitkan oleh :  

separabutagraduanums

SELASA, 24 NOVEMBER - Dilahirkan separa buta bagi kedua-dua belah mata, Lim Han Chiet, 24, tidak pernah merasa terpinggir sebaliknya menjadikan kekurangan tersebut sebagai pendorong mencipta kejayaan dalam meniti kehidupan mendatang.

Bagi graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, ujian dihadapi dengan hati yang tenang dan tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk menghalang mencipta kejayaan dalam bidang pendidikan.

Anak muda dari Sungai Petani, Kedah itu berkata, kekurangan itu dijadikan sebagai cabaran untuk berjaya seperti insan lain seterusnya menjadikan kekurangan itu sebagai motivasi terbaik kepadanya.

"Kekurangan ini menjadikan saya lebih kuat. Saya tidak mahu mengalah dengan kekurangan ini. Saya mahu berjaya seperti mana insan normal yang lain.

"Malah saya mahu menjadi model terbaik buat dua adik yang kini seorang dalam latihan kepolisan dan seorang lagi mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Biarpun berhadapan kesukaran akibat kekurangan fizikal, namun semangat juang sama sekali tidak boleh luntur," katanya yang ditemui dalam Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-17.

 

Baca Lagi

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

1.png9.png9.png9.png3.png8.png
Khamis, 29 Jun 2017 09:08