Soalan Lazim

 

Soalan lazim

 

1. Siapa Alumni Universiti Malaysia Sabah?

    Semua individu yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah sama ada dalam peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan ph.D

    yang telah berkonvo.

 

2. Bagaimana hendak mendaftar sebagai Alumni?

    Semua Prasiswazah dan Pascasiswazah UMS yang telah berkonvo secara automatiknya telah didaftarkan sebagai alumni Universiti Malaysia Sabah.

    Namun begitu, setiap alumni hendaklah mengemaskini maklumat masing-masing menerusi http://hepa.ums.edu.my/alumni/.

 

3. Apakah kelebihan menjadi Alumni Universiti Malaysia Sabah?

     Alumni UMS akan mendapat pelbagai kelebihan seperti mendapat hebahan berkaitan peluang pekerjaan, aktiviti, potongan pembelian buku dan sebagainya.

 

4. Sebagai Alumni, bagaimanakah cara saya untuk menyumbang kepada pihak universiti?

    Anda boleh membantu dengan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti atau menyumbangkan idea serta program bagi meningkatkan

    tahap pembelajaran pelajar. Selain itu, anda boleh menderma, menyumbang dan menjadi sukarela dalam aktiviti yang dianjurkan. Sebarang sumbangan

    yang diberikan amat kami hargai.

 

footer wave