MalayChinese(Simplified)English (UK)
Copyright 2017 - Custom text here

Misi

 

bos darwis

Aluan Pengarah

Utama > Pengenalan > Aluan Pengarah

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Selamat datang ke Laman Web Pusat Alumni UMS.

 

Mari bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia dan hidayah-Nya. Salam bahagia kepada seluruh warga Alumni UMS. Biarlah Allah S.W.T selalu memberi kita keselamatan, kesihatan dan kebahagian di sepanjang kehidupan ini.

 

Pusat Alumni UMS sejak ditubuhkan pada tahun 2012 telah menjalankan pelbagai usaha untuk kekal aktif bersama alumni-alumninya. Tujuannya adalah untuk mengekalkan hubungan yang produktif dan mengujudkan perkongsian pintar di antara UMS dan Alumni. Dengan demikian kesinambungan kecemerlangan Universiti dapat disebar, dinobat dan diceritakan ke seluruh dunia. Gagasan kecemerlangan ini amatlah besar, ayuh bangkit bersama, ciptakan peluang dan jelmakan kecemerlangan dalam semua aspek yang mampu kita sumbangkan.

 

UMS adalah Alma Mater. Justeru seluruh alumni perlu berbangga kerana disinilah anda menimba ilmu, mematangkan pengalaman untuk menjadi "sesuatu" yang amat bernilai kepada dunia ini. Saya pasti dan yakin seluruh alumni UMS sudah mulai menciptakan kecemerlangan demi kecemerlangan untuk diri, keluarga dan malah untuk dunia. Oleh itu di manapun anda berada, selalu ingat pepatah ini ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain’. Ayuh synergikan kepintaran, mari bangkit bersama, jangan pernah berasa puas, apatah lagi berputus asa, tugas kita masih jauh, anak bangsa masih melambai-lambai mengharapkan bantuan, mari martabatkan UMS menceritakan kecemerlangan alumninya ke seluruh dunia.

 DARWIS HJ AWANG 

 Pengarah

 Pusat Alumni, UMS

footer wave

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

2.png4.png2.png3.png3.png3.png
Khamis, 19 Oktober 2017 12:46