MalayEnglish (UK)
Copyright 2018 - Custom text here

PENGENALAN

bos darwis

Aluan Pengarah

Utama > Pengenalan > Aluan Pengarah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Negaraku Malaysia

 

Selamat datang ke Laman Web Pusat Alumni UMS.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T atas segala pemberian-Nya. Moga Allah S.W.T merahmati kita di sepanjang kehidupan ini.

 

Alumni UMS adalah mereka yang pernah mendaftar sehingga menjadi graduan UMS dan penerima anugerah-anugerah khas atau ijazah kehormat oleh UMS. Alumni adalah bukti kejayaan sesebuah universiti. Alumni adalah produk yang menceritakan keunggulan sesebuah universiti. Melalui Alumni, nama, imej dan kredibiliti sesebuah universiti dapat dilihat serta dibanggakan.

 

Justeru, Pusat Alumni UMS sejak ditubuhkan pada tahun 2012 telah menjalankan pelbagai usaha untuk terus aktif bersama dengan alumni-alumninya. Pusat Alumni UMS menjadi platform untuk seluruh Alumni UMS terus aktif melibatkan diri, menyumbang kepakaran, idea dan sebagainya untuk sama-sama memartabatkan UMS di persada dunia.

 

Ayuh semua Alumni UMS, mulai sekarang kita bangkit bersama, kita ciptakan peluang dan wujudkan kecemerlangan dalam semua aspek yang mampu kita sumbangkan melalui konsep "terlihat dan terlibat" walau di manapun anda berada. Apabila anda bertindak, anda menyumbang kepakaran walau sebesar manapun, UMS pasti turut terlihat. Apabila anda terlibat, sudah pasti nama UMS disebut, dirasai keunggulannya. Anda pasti bangga menjadi Alumni UMS. 

 

Akhir kalam, saya menyeru kepada seluruh Alumni UMS mulai kumpulan konvokesyen yang pertama pada tahun 1999 sehingga konvokesyen yang terkini, hubungi kami dan kemaskini maklumat anda. Anda boleh kemaskini maklumat anda pada pautan yang terdapat dalam web Pusat Alumni ini. Saya sangat yakin pasti ada peluang dan perkongsian pintar yang mampu kita usahakan untuk diri anda, UMS dan negara kita yang tercinta.

 

DARWIS HJ AWANG 

Pengarah

Pusat Alumni, UMS

footer wave

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

2.png6.png9.png3.png5.png1.png
Sabtu, 24 Februari 2018 18:01