MalayChinese(Simplified)English (UK)
Copyright 2017 - Custom text here

Sejarah Penubuhan

 

sejarah penubuhan pusat alumni

Utama > Pengenalan > Sejarah Penubuhan

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan kini telah menjangkau usia hampir 19 tahun. Dalam usia ini, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, sama ada dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, termasuk juga kelengkapan kemudahan bangunan dan tadbir urus, bilangan kursus serta program pengajian yang ditawarkan dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesebuah universiti berkenaan. Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UMS semakin bertambah, yang kini telah pun mencecah angka 40,000 graduan yang lebih dikenali sebagai ALUMNI. Atas dasar itulah penubuhan Pusat Alumni UMS antara lain adalah bertujuan untuk mengumpul kembali Alumni UMS sebanyak mungkin yang secara automatiknya semua pelajar dan/atau graduan adalah sebagai ahli dalam kolompok ALUMNI UMS tersebut. Peranan Alumni banyak dikaitkan dengan pembangunan dan kemajuan yang wujud di institusi di mana mereka belajar atau dipanggil juga "alma maternya". Secara dasarnya, seseorang pelajar yang telah menamatkan pengajian dan mendapat sebarang pengiktirafan dari sesuatu universiti itu bukanlah bermakna peranan dan tanggungjawab terhadap alma maternya turut tamat di situ sahaja. Maka, pelbagai sumbangan yang boleh diberikan kembali kepada alma mater seperti membantu dalam meningkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan universiti tersebut. Seperti di universiti-universiti lain, ternyata bekas pelajarnya (ALUMNI) telah mampu membangunkan universitinya dalam pelbagai aspek dari masa ke semasa demi manfaat bersama.

Adalah menjadi norm dalam landskap pengajian tinggi global bahawa ALUMNI  sesebuah ALMA MATER, hendaklah ditadbirurus secara yang terbaik, efektif dan sistematik. Maka, satu anjakan paradigma yang diambil oleh UMS dalam usaha memantapkan ALUMNI sebagai aset berharga ini iaitu melalui pengiktirafan Pengarah Alumni (dari tahun 2012) dalam sebuah entiti penting di bawah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Ini sekaligus merupakan pengiktirafan kepada ALUMNI yang berperanan dalam mengarusperdana ekuiti jenama UMS sebagai salah sebuah IPTA yang unggul di Malaysia, seterusnya menobatkan kecemerlanganalma mater, serta aspirasi jangkauan global (pengantarabangsaan) dalam reputasi alma mater melalui mobiliti mereka.

Kepentingan Pusat ini semakin lebih dirasakan kerana skop definisi "ALUMNI: sesiapa yang pernah mendaftar dan/atau menjadi graduan UMS" serta juga "penerima-penerima anugerah khas/kehormat oleh UMS". Ini bermakna, dalam skop UMS Alumni terdiri daripada graduan dalam program prasiswazah (yang mana kumpulan ini membentuk majoriti), program pascasiswazah dan juga kalangan kenamaan mahupun individu tersohor sebagai penerima ijazah kehormat dari UMS, yang disampaikan dalam majlis-majlis konvokesyen universiti setiap tahun.

Pusat Alumni pula bermakna ALUMNI ada pusat atau tempat di dalam UMS. Ia mencerminkan tiada jarak-antara dan akrabnya ALUMNI dengan ALMA MATER (UMS). Alumni ada venue dan harus terus menjiwai kehidupan dan ekosistem kampus.Sensedanfeelini mampu dijadikan pemangkin kepada rasa kekitaan (sense of belonging), sumbangan dan seterusnya pemerkasaan UMS yang berterusan. Alumni juga adalah "duta" sebagai ejen dan imej kecemerlangan UMS dimata masyarakat, serta juga penting dalam pembangunan Alumni sendiri ke arah mencapai objektif dan fungsi yang UMS sebagai salah sebuah IPTA komprehensif Negara.

 

footer wave

      

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

1.png9.png9.png9.png3.png7.png
Khamis, 29 Jun 2017 09:07