Suka Bertanya Kunci Kejayaan Graduan Antarabangsa UMS

Suka Bertanya Kunci Kejayaan Graduan Antarabangsa UMS

Tarikh : Selasa,  12 Disember 2015 | Diterbitkan oleh :  

graduankorea

SELASA, 24 NOVEMBER - Sikap suka bertanya menjadi kunci kejayaan Haku Josh Kim Tae Hoo, 46, dari Korea memperoleh kejayaan cemerlang apabila mencatat keputusan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.92.

Katanya, sistem pengajian di UMS yang menggunakan bahasa Malaysia selain bahasa Inggeris membuatkan Haku Josh terpaksa banyak bertanya kepada pensyarah apabila sesi pembelajaran berlangsung.

"Saya berasakan telah menyebabkan pelajar lain berasa jengkel dengan tindakan saya yang suka bertanya dan seolah-olah mengganggu tumpuan pelajar lain yang sedang khusyuk mendengar kuliah pensyarah.

"Sudahlah tua, banyak pula bertanya soalan kepada pensyarah," katanya sambil berjenaka tentang pengalamannya sepanjang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Seni Visual.

Baca lagi