MalayChinese(Simplified)English (UK)
Copyright 2017 - Custom text here

GRADUAN TIDAK HARUS TERLALU MEMILIH KERJA : KETUA MENTERI

 

Graduan Tidak Harus Terlalu Memilih Kerja : Ketua Menteri

Tarikh : Isnin, 15 Febuari 2015 | Diterbitkan oleh :  

 

sl1m 2016

 

    ISNIN, 15 FEBRUARI – Graduan lepasan kolej atau universiti diingatkan agar tidak terlalu memilih pekerjaan, sebaliknya menerima mana-mana  pekerjaan yang diperoleh, dan barulah kemudiannya berusaha untuk menambah baik kehidupan sendiri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, kerajaan negeri khususnya amat prihatin terhadap nasib graduan universiti yang bergraduat setiap tahun untuk mencari pekerjaan yang sesuai.

Katanya, kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk menyediakan infrastruktur yang baik di bandar mahupun di luar bandar bagi menarik pelabur untuk membuat pelaburan di negeri ini, sekali gus mewujudkan lagi lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang menganggur.

“Kerajaan negeri juga telah menyediakan tanah dan pelbagai skim bantuan kepada para graduan khususnya untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, iaitu sebagai usahawan tani.

“Pertanian pada hari ini bukanlah satu pekerjaan yang kotor atau hanya untuk golongan miskin, tetapi pertanian mampu menjana pendapatan yang menguntungkan. Justeru graduan harus positif dan menyahut cabaran ini, dan bukannya memilih untuk mencari kerja yang sesuai dengan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Temu Duga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Negeri Sabah di Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah pagi tadi.

Baca Lagi 

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9


校友中心I, 1级, "Anjung Siswa"营造物, Universiti Malaysia Sabah,  锁定袋 2073, 88999;Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | 电话 : (+6088) 320000 延期 . 4165/4223, 传真 : (+6088) 320202, 电子邮件::alumni@ums.edu.my

10047

Pengunjung

2.png6.png0.png8.png1.png4.png
2017年12月12日 星期二 12:20