MalayEnglish (UK)

400 Alumni UMS Diraikan dalam Majlis anjuran Alumni FKSW

tabung ehsan

 

RABU, 25 JULAI - Kira-kira 400 alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) hadir menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Alumni UMS anjuran Alumni Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS baru-baru ini.

Bertempat di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS, penganjurannya antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara alumni UMS bersama dengan pihak pengurusan UMS.

Selain itu, ia bagi membentuk kemesraan dan ikatan persaudaraan sesama alumni, selain sebagai medan perkongsian pengalaman antara satu sama lain terutamanya dalam bidang pekerjaan.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Hajah Nurlaila Said dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Dr.Ismail Ali.

Turut hadir, Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang.

Sumber: Pusat Alumni UMS

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

Kami mempunyai 5 pengunjung dan tiada ahli dalam talian