MalayEnglish (UK)

DERMA

DERMA

LATAR BELAKANG

Berikutan Konvokesyen Pertamanya pada tahun 1999, maka bermakna Universiti Malaysia Sabah (UMS) telahpun mempunyai alumni (bekas pelajar) sejak tahun tersebut. Bermula dari itu, langkah-langkah pentadbiran berkaitan alumni telah berlaku di UMS antaranya pewujudan Persatuan Alumni (2002), penamaan unit yang berkaitan kepada Pusat Hubungan Alumni (2009) dan lain-lain. Pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah bersidang pada 20 Ogos 2012 (Kertas Lembaga 19/56/2013) telah meluluskan cadangan penubuhan Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah berkuatkuasa 9 Julai 2012. UMS telah melahirkan ramai alumni dan bilangan ini semakin meningkat setiap tahun. Selain memantapkan hubungan di antara alma mater dan alumni, Pusat Alumni juga berperanan membantu Universiti menjana dana. Maka dengan itu, Pusat Alumni bercadang untuk mewujudkan Tabung Dana Alumni UMS bagi merealisasikan hasrat ini agar dapat mewujudkan rasa prihatin dalam kalangan alumni UMS untuk membalas bakti yang ditaburkan oleh alma maternya.

Tabung Dana Alumni UMS ini diwujudkan adalah untuk tujuan berikut:

            1. Membiaya aktiviti kebajikan pelajar dan pembangunan Universiti;

            2. Aktiviti penajaan pelajar seperti biasiswa kepada pelajar cemerlang atau tajaan yuran pengajian bagi pelajar yang layak dan memerlukan;

            3. Memberikan sumbangan jangka panjang di kalangan pelajar dan alumni serta masyarakat setempat; dan

            4. Membina bangunan pentadbiran Pusat Alumni.

Derma

Bagi mengisi Tabung Dana Alumni UMS, para alumni boleh menderma secara atas talian dengan melayari laman sesawang berikut:

http://fpx.ums.edu.my/alumnidonation.aspx  

Potongan gaji (Download) 

Mengapa Menderma?

Alumni UMS sentiasa berada di barisan hadapan sebagai srikandi kepada Universiti. Dengan menderma, anda membantu memberikan biasiswa kepada pelajar, membolehkan penyelidikan inovatif dilakukan, menyokong kepada pengajaran dan pembelajaran serta membantu dalam penambahbaikan infrastruktur Universiti.

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

Kami mempunyai 8 pengunjung dan tiada ahli dalam talian