Hampir 500 Hadir Ceramah Ustaz Haslin di UMS Labuan
hampir 500 hadir ceramah ustaz haslin di ums labuAN
Tarikh : Khamis, 12 November 2015 | Diterbitkan oleh :
KHAMIS, 12 NOVEMBER - Hampir 500 penonton menghadiri ceramah agama Ustaz Haslin Baharim di Dewan Kuliah Pusat Satu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) baru-baru ini.
Ceramah yang bertemakan Keusahawanan Dalam Islam itu dianjurkan UMSKAL dengan kerjasama Labuan FM sempena Pesta Tamu Gadang UMSKAL – RTM Labuan 2015.
Menurut pengerusi penganjur, Nur Iman Reedzal, majlis seumpama itu akan diadakan lagi pada masa hadapan bagi meningkatkan syiar Islam selain menambah ilmu keagamaan kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan.