MalayEnglish (UK)

Majlis Ramah Mesra Himpunkan Alumni UMS Chapter Tawau

 

RABU, 4 APRIL Majlis Ramah Mesra Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Chapter Tawau yang berlangsung baru-baru ini menghimpunkan para alumni UMS Zon Tawau yang turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang diadakan bersama komuniti Tawau.Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan karaoke dan mewarna bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, selain pertandingan karaoke terbuka bagi warga Tawau yang mendapat penyertaan seramai 40 orang.Turut diadakan satu sesi perkongsian bijak UMS/Alumni bersama para Alumni Zon Tawau yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang. Kemuncak program tersebut adalah Majlis Makan Malam bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching yang berlangsung di Hotel Promenade, Tawau. Pada malam tersebut, Datuk Mary Yap turut menyempurnakan acara penyerahan watikah pelantikan Ketua Chapter Alumni Zon Tawau kepada Norazizah Pilus, serta menyampaikan penyerahan sumbangan berbentuk peralatan komputer daripada Yayasan Sukarelawan Siswa UMS kepada Sekolah Kebangsaan Sentosa. Dalam pada itu, Datuk Mary Yap berharap agar para alumni dapat mengambil kesempatan untuk mengadakan jaringan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan sesama para alumni. “Kesempatan berhimpun ini juga harus dimanfaatkan untuk penganjuran aktiviti-aktiviti kebudayaan, pendidikan dan kemasyarakatan bersama warga Tawau,” ujar beliau. Lebih 400 tetamu hadir pada majlis makan malam tersebut, yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Dr. Ismail Ali.

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

Kami mempunyai 30 pengunjung dan tiada ahli dalam talian