MalayEnglish (UK)

FAQ

 

Soalan lazim

 

1. Siapa Alumni Universiti Malaysia Sabah?

    Semua individu yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah sama ada dalam peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan ph.D

    yang telah berkonvo.

 

2. Bagaimana hendak mendaftar sebagai Alumni?

    Semua Prasiswazah dan Pascasiswazah UMS yang telah berkonvo secara automatiknya telah didaftarkan sebagai alumni Universiti Malaysia Sabah.

    Namun begitu, setiap alumni hendaklah mengemaskini maklumat masing-masing menerusi http://hepa.ums.edu.my/alumni/.

 

3. Apakah kelebihan menjadi Alumni Universiti Malaysia Sabah?

     Alumni UMS akan mendapat pelbagai kelebihan seperti mendapat hebahan berkaitan peluang pekerjaan, aktiviti, potongan pembelian buku dan sebagainya.

 

4. Sebagai Alumni, bagaimanakah cara saya untuk menyumbang kepada pihak universiti?

    Anda boleh membantu dengan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti atau menyumbangkan idea serta program bagi meningkatkan

    tahap pembelajaran pelajar. Selain itu, anda boleh menderma, menyumbang dan menjadi sukarela dalam aktiviti yang dianjurkan. Sebarang sumbangan

    yang diberikan amat kami hargai.

 

5. Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di Pusat Kerjaya dan Alumni UMS?

    Pelajar terkini, graduan baru dan alumni boleh datang ke Pusat Kerjaya dan Alumni UMS untuk mendapatkan bantuan/perkhidmatan.

 

6. Dimanakah Pusat Kerjaya dan Alumni terletak?

    Pusat Kerjaya dan Alumni terletak di Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Jabatan  Hal-Ehwal Pelajar, Jalan UMS, Kota Kinabalu, Sabah.

 

7. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan kaunseling kerjaya?

    Temujanji dengan kaunselor boleh dibuat dengan menghantar permohonan anda melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

8. Bagaimanakah saya boleh mendapat maklumat peluang pekerjaan?

    Para pelajar tahun akhir, graduan dan alumni digalakkan untuk mengakses maklumat peluang pekerjaan di laman web rasmi Pusat Kerjaya dan Alumni dan laman  media sosial facebook dari semasa ke semasa.

footer wave

 

 

i1i2i3i4i5i6i7i8i9

 


PUSAT ALUMNI, Aras 1, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | Phone: (+6088) 320000 Samb. 4165/4223, Fax : (+6088) 320202, Inquiry:alumni@ums.edu.my

Kami mempunyai 4 pengunjung dan tiada ahli dalam talian