MAKLUMAN KEPADA PEMBEKAL / KONTRAKTOR

January 16, 2013 in Semua, Umum

Garis Panduan Pengurusan Hasil Sewaan Ruang UMS

July 9, 2012 in Info Jabatan, Semua, Umum

Bagi memuat turun Garis Panduan Pengurusan Hasil Sewa Ruang dan Kemudahan Universiti Malaysia Sabah dan borang-borang yang berkaitan sila klik disini.

Kaunter Perkhidmatan Jabatan Bendahari

April 25, 2012 in Semua, Umum

MAKLUMAN

 Adalah dimaklumkan KAUNTER PERKHIDMATAN JABATAN BENDAHARI Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori telah berpindah ke pejabat baru mulai pada 23 April 2012 (Isnin). Kaunter – kaunter perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :

 

PEJABAT ARAS 3, BLOK UTARA

1. Kaunter Bayaran/ Terimaan

2. Kaunter Kewangan Pelajar

 

PEJABAT ARAS 2, BLOK UTARA

1. Kaunter Cek ( Seksyen Bayaran Pembekal)

2. Kaunter Perkhidmatan Kakitangan

 

Sekian, harap maklum

 Terima kasih.

Pengesahan Bayaran Kaedah Kredit Terus (E-Payment)

March 6, 2012 in Info Jabatan, Semua, Umum

PENGESAHAN BAYARAN MELALUI KAEDAH KREDIT TERUS (E-PAYMENT)

Pengurus Syarikat Yang Berkenaan

Tuan/ Puan

Adalah dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah telah melaksanakan pembayaran kepada pembekal/kontraktor melalui kaedah ‘kredit terus’ kepada akaun bank pembekal. Pembayaran menerusi E-payment ini akan dilakukan melalui MALAYAN BANKING BERHAD.

Bagi tujuan pembayaran di bawah kaedah ini, tuan/puan diminta menyatakan Nama Bank dan NomborAkaun Bank tuan/puan di dalam setiap inbois yang dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk bayaran. Pihak Universiti Malaysia Sabah melaksanakan kaedah ‘kredit terus’ ini bagi mengurangkan risiko kesilapan pembayaran melalui penggunaan cek seperti kesilapan nama pada cek dan cek hilang semasa proses penghantaran ke alamat tuan/puan.

Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan/puan adalah diminta untuk mengemukakan maklumat tersebut dengan mengisi borang ‘MAKLUMAT PEMBEKAL/SYARIKAT’ dan surat ‘AKUAN PENGESAHAN BAYARAN’ seperti Lampiran A dan Lampiran B (berkembar). Sila sertakan salinan Penyata Bank (bagi Akaun Semasa) atau salinan muka depan Buku Akaun Simpanan (bagi Akaun Simpanan).

Diharap tuan/puan dapat mengembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada alamat seperti berikut:

 

Sektor Pengurusan Perolehan

Jabatan Bendahari, Aras 6, Blok Utara,

Bangunan Canselori,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS,88400 Kota Kinabalu, Sabah

Kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

SEKTOR PENGURUSAN PEROLEHAN

Majlis Penyerahan Sijil & Bengkel MS ISO 9001:2008 (updated)

November 24, 2011 in Info Jabatan, Semua, Umum

JABATAN BENDAHARI UMS

akan mengadakan Majlis Penyerahan Sijil & Bengkel pada ketetapan yang berikut :

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL & BENGKEL MS ISO 9001:2008

SISTEM PENGURUSAN HARTA BENDA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TARIKH : 22 November 2011

MASA : 8:30AM – 1:00PM

TEMPAT : Galeri UMS, Aras 3, Bangunan Canselori

STATUS : SELESAI DENGAN LANCARNYA

Muat Turun

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UMS

GALERI BERGAMBAR

“]

Pengemaskinian Akaun Gaji Kakitangan UMS

November 23, 2011 in Info Jabatan, Semua, Umum

YBhg. Prof./ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

MAKLUMAN KAEDAH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan Jabatan Bendahari telah menggunakan kaedah pembayaran gaji kakitangan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) bermula Oktober 2011.

Kaedah pembayaran ini ternyata memudahkan, menjimatkan masa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih terjamin.

Sehubung itu, mohon agar kakitangan dapat membuat pengemaskinian maklumat nombor kad pengenalan atau nombor paspot dan nombor akaun bank masing- masing (MAYBANK sahaja) supaya urusan pembayaran gaji melalui EFT ini berjalan lancar.

Pengemaskinian boleh dibuat melalui kaedah;

  1. DATANG SENDIRI ke Pejabat Bendahari, Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori dengan membawa  salinan dokumen kad pengenalan/ passport dan muka depan akaun bank yang menunjukkan no akaun dan nama pemegang akaun yang jelas; atau
  1. EMEL ke jovilent@ums.edu.my atau jovilent@yahoo.com dengan melampirkan salinan kad pengenalan/ paspot dan muka depan akaun bank berkenaan; atau
  1. SECARA ONLINE di laman sesawang Jabatan Bendahari UMS pada pautan  – klik sini -

 

Untuk menyemak status kemaskini, YBhg. Prof./ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh  berhubung dengan Pn. Stella atau Pn. Jovilen di talian 1442 atau emel jovilent@ums.edu.my atau jovilent@yahoo.com.

Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Butiran Bayaran Secara ‘Online’

November 16, 2011 in Info Jabatan, Info Pelajar, Semua, Umum

Notis Kepada Pelawat Web Jabatan Bendahari UMS:

Kemudahan ini disediakan kepada pengguna- pengguna yang telah membuat bayaran di kaunter/ pusat kemudahan selain Kaunter Jabatan Bendahari  dan CIMB Clicks seperti di Cash Deposit Machine (CDM), Kaunter- kaunter Bank,  Kiriman Wang, Wang Pos dan instrument bayaran lain.

Maklumat yang diberikan ini akan dapat mempercepatkan proses kemaskini akaun masing- masing. Sebagai contoh:- Akaun pelajar (bagi pelajar) dan Akaun Penghutang (Kafeteria, Kakitangan, Pembekal dan lain- lain).

Kepada pengguna yang telah membuat bayaran melalui kaunter Jabatan Bendahari pula yang mendapati akaun masing- masing belum DIKEMASKINI, sila tekan disini untuk membuat aduan.

Pihak kami akan menghubungi pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan ini  di dalam tempoh 48 jam sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi setiap aduan yang dibuat.

Sila klik sini untuk mengisi Butiran Pembayaran secara ‘online’

Sila klik sini untuk aduan pengguna

 

Konvokesyen UMS 13

October 17, 2011 in Info Jabatan, Info Pelajar, Semua, Umum

Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah Kali Ke 13

26 – 29 November 2011