FAQs - SEKTOR HARTA & PENGURUSAN RISIKO

J1:

1.1 Aset - Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan Universiti yang dibeli atau yang disewa beli dengan wang Universiti, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan.

1.2 Aset Alih - Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan. Aset Alih terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu:-

(a) Harta Modal - Harta Modal adalah aset alih yang memenuhi kriteria berikut:-

i. Harga perolehan asal adalah RM3,000 dan ke atas seunit.

ii. Usia guna melebihi tempoh satu (1) tahun.

iii. Memerlukan penyelenggaraan berjadual.

iv. Diterima melalui pembiayaan dari Bank Pembangunan Islam (IDB) tanpa mengira nilai perolehan asal.

(b) Aset Alih Bernilai Rendah (Aset Alih Tidak Dipermodalkan) -Aset Alih Bernilai Rendah yang kurang daripada RM3,000.00 seunit dan mempunyai usia guna melebihi satu (1) tahun. Manakala aset alih yang dibeli bagi kategori berikut didaftarkan tanpa mengira nilai perolehan asal:-

i. Perabot, Permaidani, Langsir, Pinggan Mangkuk, Hiasan, Hamparan dan yang seumpamanya.

ii. Perisian Komputer.

iii. Buku, Jurnal, Majalah dan yang seumpamanya.

Rujukan: Garis Panduan Pengurusan Aset Alih (GPPA) UMS versi 2017