FAQs - BAHAGIAN PENGURUSAN BELANJAWAN
J1: Belanjawan yang disediakan untuk tujuan operasi Universiti dan tidak termasuk peruntukan bagi projek Pembangunan, Akaun Amanah atau Kumpulan Wang yang lain. Ia merangkumi:
(a) Emolumen (gaji, elaun, caruman)
(b) Perkhidmatan dan bekalan (bahan habis guna, utiliti, sewaan)
(c) Perjalanan dan penginapan rasmi
(d) Bayaran penyelenggaraan aset
(e) Latihan dan pembangunan staf
(f) Lain-lain kos operasi biasa
J2: Belanjawan yang disediakan untuk tujuan berikut:
(a) bayaran pampasan pembelian tanah;
(b) kos tanah bangunan dan harta benda tak alih yang lain;
(c) kos membangunkan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur;
(d) kos membina bangunan atau membuat pembaharuan kepada bangunan; dan
(e) perbelanjaan-perbelanjaan lain yang diluluskan dan dikenakan kepada akaun Pembangunan
J3:
Perkara | Kuasa Melulus |
|---|---|
Permohonan Tambahan/Dasar Baru/One-off | Jawatankuasa Belanjawan Universiti |
Pindahan Peruntukan Di Antara Objek Sebagai Dalam Objek Am Yang Sama | Bendahari |
Pindahan Peruntukan Di Antara Objek Sebagai Atau Objek Am Yang Melibatkan Kumpulan Objek Am Yang Berlainan (Kecuali Emolumen) | Naib Canselor |
Pindahan Peruntukan Di Antara Kumpulan Wang | Lembaga Pengurusan Universiti |
J4: Peruntukan tahunan sah digunakan dalam tahun kewangan semasa (1 Januari – 31 Disember), kecuali peruntukan yang boleh dibawa ke tahun berikutnya mengikut garis panduan yang berkuatkuasa.
J5: Peruntukan yang telah diluluskan tetapi tidak dibelanjakan pada akhir tahun kewangan akan luput dan TIDAK akan dibawa ke tahun kewangan berikutnya.
J6: Tiada peruntukan tambahan diberikan. Komitmen yang tidak diselesaikan pada tahun semasa dan dibawa ke tahun berikutnya akan dipertanggungkan kepada peruntukan sedia ada PTJ pada tahun berikutnya.
J7: PTJ boleh mengemukakan surat permohonan dengan melengkapkan Format ABM-5 berserta dengan dokumen sokongan yang berkaitan.
J8: PTJ perlu mengemukakan surat permohonan viremen berserta justifikasi dan dokumen sokongan yang berkaitan.
J9: Peruntukan penyelenggaraan yang telah diagihkan kepada PTJ tidak boleh dipindahkan untuk tujuan perbelanjaan lain. Pekeliling Bendahari Bil. 2 Tahun 2023
J10: Tidak. Keutamaan adalah menggunakan kemudahan dan ruang sedia ada dalam universiti (selain majlis meraikan tetamu luar sama ada dari dalam atau luar negara yang perlu dianjurkan berkaitan urusan rasmi Universiti). Perkhidmatan kemudahan hotel hanya dibenarkan bagi program atau aktiviti peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa atau tujuan penjanaan pendapatan yang melibatkan bilangan peserta yang lebih besar dan memerlukan kemudahan logistic yang lebih baik. Pekeliling Bendahari Bil. 2 Tahun 2023
J11: Tidak. Perbelanjaan bagi perjalanan rasmi ke luar negara hanya boleh dibiayai menggunakan peruntukan Pusat Kos B017 (Perjalanan Ke Luar Negara) di bawah penyelarasan Pejabat Canselori dan bagi tujuan pameran penyelidikan dibiayai menggunakan Pusat Kos B004 (Pameran Penyelidikan Antarabangsa dan Dalam Negeri) di bawah penyelarasan Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan.
J12: Melalui Buku Vot atau laporan berkala yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Belanjawan, Jabatan Bendahari.
J13: Ketua PTJ bertanggungjawab penuh ke atas semua perbelanjaan dan pematuhan terhadap peruntukan yang diluluskan.
J14: Lebihan perbelanjaan boleh menyebabkan teguran audit, tindakan tatatertib, kenaan penalti dan kemungkinan PTJ bertanggungjawab mencari sumber pembiayaan sendiri untuk menampung lebihan tersebut.
J15: Tidak perlu. Segala perbelanjaan berkaitan Sewaan Mesin Fotokopi adalah di bawah penyelarasan Jabatan Digital di bawah peruntukan Pusat Kos B059 (Mesin Fotokopi UMS) berkuatkuasa mulai tahun 2025.
J16: Perbelanjaan gaji bagi kakitangan PSH yang dilantik oleh PTJ hendaklah direkodkan di bawah Vot B29000 – Perkhidmatan Ikhtisas, Perkhidmatan Lain yang Dibeli dan Hospitaliti.