BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Pusat Sains Negara

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kunjungan rasmi daripada Pusat Sains Negara (PSN) hari ini bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara kedua belah pihak.

PSN hadir diwakili oleh Pengarahnya, Mismah Jimbun dan Ketua Penolong Pengarah, Mohammad Fuad Rahman.

Perbincangan bersama Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Marcus Jopony serta Pengarah Pusat Pelaburan dan Endowmen, Prof. Madya Dr. Rahimie Abd Karim menjurus kepada usaha untuk mempromosi bidang Sains dan Teknologi sebagai langkah untuk memupuk minat generasi muda dalam bidang itu sejak di peringkat awal usia lagi. 28 Februari 2019.