2 Mei 2019: UMS telah menerima sumbangan endowmen daripada KTS Trading

UMS telah menerima sumbangan endowmen daripada KTS Trading dalam Majlis Pelancaran KK Resort City di Lok Kawi, dengan disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Hj Apdal, Ketua Menteri Sabah. Sumbangan itu akan disalurkan ke Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) untuk membiayai aktiviti pemuliharaan marin. UMS mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Henry Lou, Pengarah Urusan Sunduvon Corporation Sdn. Bhd. atas sumbangan tersebut.