BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Soalan Lazim

 
 
Adakah penderma layak mendapat pengecualian cukai atau rebet cukai sekiranya memberi sumbangan mana-mana tabung endowmen dan wakaf UMS ?
Semua penderma atau penyumbang dana dalam tabung endowmen dan wakaf UMS adalah layak untuk mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan, 1967.
 
Bagaimanakan cara untuk membuat sumbangan ke tabung-tabung endowmen dan wakaf UMS?
Sumbangan boleh disalurkan melalui bayaran secara online, atau dengan mengisi borang yang terdapat di web portal dan mengemukakan borang tersebut di kaunter Pusat Pelaburan dan Endowmen, UMS.
 
Adakah saya boleh membuat sumbangan ke tabung endowmen UMS melalui potongan gaji?
Sumbangan ke tabung endowmen UMS boleh dibuat melalui potongan gaji setiap bulan dengan mengisi borang sumbangan yang boleh dimuatturun melalui web portal Pusat Pelaburan dan Endowmen dan menghantar borang tersebut ke kaunter Pusat. Potongan bulanan sumbangan tersebut akan tertera dalam slip gaji.
 
Adakah saya akan menerima resit atau surat pengecualian cukai daripada pihak UMS sekiranya saya ingin membuat sumbangan tabung endowmen dan wakaf?
Pihak Bendahari UMS akan mengeluarkan resit dan surat pengecualian cukai kepada penderma untuk tujuan pengecualian bayaran cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan, 1967.