BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Carta Organisasi

 
 
CIE bertanggungjawab kepada Naib Canselor UMS dan menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa Pelaburan dan Penjanaan Pendapatan UMS (JPPPU) yang melapor kepada LPU.
 
Carta organisasi CIE yang lengkap adalah seperti di bawah:
 
 

 

 
Seksyen Projek Khas
Bertanggungjawab menjana pendapatan menggunakan strategi pendekatan rakan kerjasama (joint venture) dan smart partnership dengan syarikat tempatan dan luar negara yang terpilih untuk projek-projek khas yang dirancang dan diluluskan di peringkat pusat.
 
Seksyen Pelaburan
Bertanggungjawab untuk mengurus, membuat keputusan, menyelia dan memantau semua aktiviti berkaitan dengan pelaburan dan penjanaan pendapatan di UMS.  Seksyen ini juga bertanggungjawab memastikan aktiviti pelaburan dan penjanaan pendapatan dilaksanakan dengan berkesan dan sumber aset UMS dioptimakan penggunaannya.
 
Seksyen Endowmen
Bertanggungjawab untuk mengurus, membuat keputusan, menyelia dan memantau semua aktiviti berkaitan dengan endowmen dan wakaf di UMS.  Seksyen ini juga bertanggungjawab merancang strategi untuk mendapatkan dana endowmen bagi pihak UMS serta memastikan hubungan berkekalan di antara UMS dan penderma.
 
Seksyen Kewangan
Seksyen ini bertanggungjawab terhadap hal ehwal kewangan CIE.
 
Seksyen Pentadbiran
Seksyen ini bertanggungjawab terhadap hal ehwal pentadbiran CIE.