Seminar Psikologi Kebangsaan II
2013
7-8 November 2013
Universiti Malaysia Sabah

PSIKOLOGI PEMANGKIN KEHARMONIAN SOSIAL

PENCERAMAH

PENCERAMAH UCAPTAMA I

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

Ketua / Pengarah Pengasas
Program Kesepaduan Sosial Negara / Institut Kajian Etnik (KITA)

Pengalaman mengajar, penyelidikan dan menulis selama 35 tahun, bermula di DBP 1973, Universiti Malaya [UM] 1974-76 & Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] semenjak 1976 hingga sekarang. Berpengalaman bertugas sebagai Pensyarah & Profesor Pelawat di institusi luar negeri berikut: CNRS Paris, Bielefeld University Germany, Tsukuba University, Osaka University & Kyoto University Japan, Leiden University The Netherlands, Lund University Sweden, UNPAD Indonesia, National University of Singapore (NUS), University of Hawaii, Harvard University USA dan University of Melbourne and Monash University Australia. Dianugerah Profesor Ulong Disember, 2010, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Jawatan Dulu & Sekarang di UKM: Profesor Antropologi Sosial, semenjak 1993; Dekan, Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (1997-1999); Pengarah, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), 1999-2007; Pengarah Pengasas, Institut Kajian Oksidental (IKON) 2005-2007; Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA), 2007- sekarang.

Pencapaian: Terlibat dalam penulisan, penyelidikan dan berkuliah selama 25 tahun mengenai "politik, budaya & pembangunan ekonomi" dengan fokus empirikal terhadap Malaysia dan Asia Tenggara. Tulisannya menjadi rujukan dalam banyak kursus di IPTA Malaysia dan beberapa universiti luar negeri. Sering diundang sebagai penganalisis sosio-politik Malaysia dan Asia Tenggara dalam media massa Malaysia dan luar negeri (BBC, National Geographic, AlJazeera dll.).

Penerima Anugerah International Academic Prize 2008, Fukuoka Asian Cultural Prize, Japan Pendidikan: Maktab Tentera Diraja (1966-69); BAHons (Hadiah Pelajar Terbaik, Antropologi & Sosiologi), Universiti Malaya (UM)1973; MA (Sosiologi Pembangunan)UM,1976; PhD(Antropologi Sosial) Monash University, Melbourne,1983.

PENCERAMAH UCAPTAMA II

Prof. Dato' Dr. Mahmood Nazar Bin Mohamed

Timbalan Presiden
Cyberjaya University College of Medical Sciences

Prof. Dato' Dr. Mahmood adalah seorang Profesor Psikologi dalam bidang rawatan penagihan dadah dan pemulihan. Beliau adalah seorang profesor dalam bidang Psikologi di sebuah institute pengajian tinggi awam sebelum menyertai Cyberjaya University College of Medical Sciences, dan telah mengajar psikologi selama 20 tahun. Dia pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Anti-Dadah Kebangsaan Agency Malaysia selama lima tahun. Sumbangan utama beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Agensi ini adalah dalam peningkatan rawatan penagihan dadah dan pemulihan bagi program rawatan dadah di negara ini. Sebagai seorang penyelidik yang aktif, Profesor Mahmood telah membentangkan lebih 275 kertas kerja di persidangan kebangsaan dan antarabangsa, yang diterbitkan enam buku dan 10 buku bacaan. Beliau juga telah menerbitkan 25 artikel dalam bab-bab buku; menerjemah dua buah buku daripada bahasa Inggeris kepada Melayu; menerbitkan 65 jurnal akademik, empat monograf dan 39 prosiding dan 63 majalah dan penulisan rencana-rencana akhbar.

PENCERAMAH UCAPTAMA III

Prof. Emeritus Dr Ismail Tambi

Perunding Ahli Andrologi Klinikal
Ahli Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual

Men’s Health Clinic, Damai Service Hospital, Kuala Lumpur.

Prof. Emeritus Dr. Haji Mohd. Ismail bin Mohd Tambi adalah seorang Pakar Sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita. Beliau bertugas sebagai Konsultan Kesihatan Seksual dan Reproduktif lelaki dan wanita di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selepas bertugas dengan kerajaan lebih 25 tahun. Jawatan akhir beliau bertugas adalah sebagai Ketua Klinik Pakar, Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau dilahirkan di Singapura pada 1951, telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata lelaki.

Beliau bertugas dengan kerajaan semenjak tahun 1979 sebagai Pegawai Perubatan, bertempat di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bharu pada 1979 dan pada 1981 di Hospital Daerah Kota Tinggi. Pada tahun 1984, beliau mula bekerja dengan LPPKN.

Pencapaian akademik termasuk Diploma Reproductive Medicine pada 1985 dan pada 1987, menjalani Kursus Clinical Andrology (Sakit Tuan) and Semenologi (Kesihatan Kesuburan Lelaki) anjuran Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 9 bulan di University Monash, Australia. Beliau juga telah menjalani Kursus Sijil Lepas Ijazah Perbadanan Kesihatan Sedunia dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual Remaja di Debrecen, Hungary pada 1991.

Beliau pernah membentangkan tidak kurang 60 kertas kerja dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual di dalam dan luar negeri.

Beliau ialah Bendahari Kehormat, Persatuan Andrologi Asia dan Oceania (Shanghai, China), Ahli Exco Saintifik Society for the Study of Aging Male (Geneva, Switzerland), Ahli Exco Asian Society for the Study of Aging Male, Ahli, International Society of Andrology (USA), Ahli International Society of Impotence and Sexuality (USA), Ahli International Society for the Study of Men's Health (Vienna, Austria) dan External Research Fellow New England Research Institutes (Boston, USA) dan Expert Panel Untuk Disfungsi Erektil dan pengkaji gejala Disfungsi Erektil. Beliau pernah menulis beberapa buah buku berkaitan dengan bidang beliau seperti:

  1. Fertility Guide iaitu buku panduan tentang kesuburan untuk pasangan kelamin tahun 1986.
  2. Infertility Manual (Buku panduan rawatan infertility untuk doktor) tahun 1987.
  3. Pengenalan dan Rawatan Sakit Tuan terbitan Utusan Publications tahun 1996.
  4. Panduan Meningkatkan Kesuburan terbitan Utusan Publications tahun 2000.
  5. Derita dalam Diam (Disfungsi Erektil dan Mati Pucuk) terbitan Pustaka Wira Publications tahun 2004.

Beliau ada menulis untuk beberapa majalah termasuk Pa & Ma, al-Islam, Harmoni, Cermin dan Variasi. Beliau mempunyai kolum Sakit Tuan dan Kesihatan Seksual Perempuan dan Lelaki, dalam Harian Metro setiap hari Rabu, Mingguan Malaysia, Mingguan Utusan, Warta Perdana dan Bacaria.

Beliau dianugerahkan Bintang Terpuji Ahli Mahkota Terengganu pada 1995 oleh DYMM Sultan Terengganu atas penglibatan beliau dalam Program Kaunseling Pakar, Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu.