Welcome to Universiti Malaysia Sabah (UMS) Website
                  
Main
Main
Introduction
General Information/ Guidelines
Fee Structure
Abstract Submission
Accomodation
Registration
Download
FAQ
   


      Contact Us
:Urusetia Persidangan Kesenian Kebangsaan 2009, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

:+6088-320271/+60198122318

:+6088-320344

:lowkokon@
ums.edu.my

:http://www.ums.edu.my/
conferences/PSK09

 

PERSIDANGAN SENI KEBANGSAAN 2009

   Introduction

 

Bidang seni memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak dari dahulu hingga sekarang. Tidak kira sama ada produk seni visual, seni tari, seni kreatif, seni muzik, atau pun seni teater, semuanya masih diminati ramai dan relevan dalam kehidupan seharian kita. Dengan kata lain, bidang kesenian sememangnya tak luntur ditelan zaman. Berdasarkan pernyataan ini, Sekolah Pengajian Seni (SPS), Universiti Malaysia Sabah buat julung kalinya menganjurkan persidangan kesenian peringkat kebangsaan yang memberikan tumpuan khusus kepada semua bidang pengajian seni. Semua penyelidik, ahli akademik, pengiat bidang seni, pelajar Institut Pusat Pengajian Tinggi dan orang awam yang berminat dialu-alukan menyertai persidangan ini sama ada sebagai pembentang kertas kerja atau pun peserta.

 

Persidangan ini dapat :

  • Mengemaskini pengetahuan tentang isu, perkembangan dan amalan terbaik dalam bidang seni sastera, seni visual, seni teater, seni tari dan seni muzik.
  • Mempelajari aplikasi teori sastera, seni persembahan, seni muzik, seni visual dan seni tari 
  • Mendapat inspirasi untuk idea baru daripada pengamal dan pakar dalam seni sastera, seni persembahan, seni muzik, seni visual dan seni tari.
  • Mendengar dan berkongsi pengalaman dengan rakan sebidang serta pakar dalam bidang seni.

Objektif

  • Mengenal pasti arah perkembangan bidang kesenian dalam era globalisasi.
  • Mengiktiraf peranan dan sumbangan bidang kesenian kepada perkembangan sosio ekonomi negara kita.
  • Mewujudkan satu platform bagi tenaga akademik dan badan profesional kesenian untuk berkongsi pengalaman dan kaedah dalam pengendalian pembangunan pelajar.
  • Mempergiatkan kajian atas semua bidang kesenian dan menyebarkan penemuan baru.

 

 

 

        Sekolah Pengajian Seni

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Best Viewed with 1024 x 768 window resolution | Disclaimer
Universiti Malaysia Sabah, Locked Bag No. 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telephone: (+6088) 320000 atau 320474, Fax : (+6088) 320223
Enquiry: crd@ums.edu.my,  Web Admin: webadmin@ums.edu.my

© 2007 - 2014 UMTP UMS