BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Activity

Kursus "Ecosystem Approach to Fisheries Management" (EAFM) Peringkat Negeri Sabah

Kursus Ecosystem Approach to Fisheries Management (EAFM) Peringkat Negeri Sabah

24-29 Jun 2018 (Palace Hotel, Kota Kinabalu)

EAFM secara ringkasnya bermaksud pengurusan perikanan melalui pendekatan ekosistem. EAFM merupakan satu cara praktikal untuk melaksanakan pembangunan yang mampan untuk sektor perikanan dengan mengimbangi kesejahteraan antara ekologi dan kehidupan manusia melalui urus tadbir yang baik.

Kursus EAFM Peringkat Negeri Sabah bagi sesi 2018 telah diadakan di Palace Hotel, Kota Kinabalu pada 24 hingga 29 Jun 2018. Pejabat CTI-SAB yang dijemput untuk mengikuti kursus ini telah menghantar salah seorang kakitangan sebagai wakil peserta EAFM pada peringkat ini. EAFM juga merupakan salah satu agensi yang terlibat dalam matlamat CTI iaitu Gol 2: Ecosystem Approach to Fishheries Management and Other Marine Resources Fully Apllied yang dipegang oleh Jabatan Perikanan Sabah.