BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

APA ITU INISIATIF SEGITIGA TERUMBU KARANG (CTI)?

APA ITU INISIATIF SEGITIGA TERUMBU KARANG, PERIKANAN DAN JAMINAN MAKANAN (CTI-CFF)

Inisiatif Segitiga Terumbu Karang, Perikanan dan Jaminan Makanan (CTI-CFF), merupakan satu program kerjasama serantau yang diterajui enam (6) negara; Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon dan Timor-Leste.

PETA SERANTAU CTI-CFF

cti-cff

Sumber: http://www.coraltriangleinitiative.org/cti-cff-regional-map

 

Sumber: http://www.coraltriangleinitiative.org

Secara amnya, kawasan CTI Malaysia meliputi Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Kawasan ini juga merupakan kawasan Sulu Sulawesi Marine Ecoregion (SSME). Walau bagaimanapun, kawasan pelaksanaan CTI-CFF meliputi semua perairan marin termasuk Laut Cina Selatan dan Selat Melaka.

Misi utama CTI adalah untuk memastikan masa depan yang stabil dan produktif untuk kebaikan sumber marin secara langsung dan tidak langsung; iaitu dari segi jaminan makanan komuniti persisir pantai, daya maju ekonominya dan lebih penting lagi sumber marin dan alam sekitar untuk memastikan aliran lestari makanan dan pendapatan. Inisiatif ini memberi tumpuan untuk mengurangkan kemusnahan habitat, menyusun semula struktur ekonomi dan sosial daripada pengguna sumber, memperbaiki dan memastikan jaminan makanan, memastikan keupayaan dan kapasiti untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan memastikan pemulihan mampan kawasan terumbu karang.

 

Sumber: http://www.conservation.org/conferences/

Pages/world_ocean_cti_2009.asp

Inisiatif ini adalah satu platform bagi Malaysia untuk mengembangkan program penyelidikan laut dalam terutamanya ke dalam laut Sulu Sulawesi (timur perairan Sabah). Program-program penyelidikan laut dalam akan menambah nilai dan melengkapkan pusat data marin negara sedia ada yang telah diwujudkan untuk menyokong penyelidik untuk kajian akademik dan komersial. Ini selaras dengan tema Kementerian iaitu ‘Memperjuangkan Penemuan Saintifik dan Transformasi Inovasi’ terutamanya untuk terlibat bersama dalam operasi antarabangsa.

Berdasarkan kepada cadangan yang telah dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Nasional (NCC 2/2010) pada 25hb Ogos 2010, Sekretariat Nasional CTI (CTI-NAT) telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 2hb November 2010 dan bersetuju dengan pelantikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai lokasi pejabat CTI Cawangan Sabah (CTI-SAB). Pada bulan Disember 2011, satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara UMS dan MOSTI sebagai pelantikan UMS untuk menjalankan operasi CTI-SAB. Perbelanjaan untuk menjana pejabat ini ditanggung oleh MOSTI. Selain daripada itu, CTI-SAB juga bertanggungjawab sebagai Pejabat Cawangan bagi aktiviti-aktiviti CTI di Sabah berdasarkan kelulusan oleh NCC.