BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK PENGIRAN OMAR, SIPITANG KE ECOCAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
 

Pada 27 Jun 2019, Pusat Pengurusan EcoCampus telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengiran Omar, Sipitang ke Universiti Malaysia Sabah. Lawatan sambil belajar tersebut telah dihadiri oleh 37 orang pelajar Tingkatan 1 – 5 yang merupakan Pengawas Pusat Sumber bersama dengan 3 orang guru pengiring mereka, iaitu Cikgu Syahnur Azura Binti Mohd. Saufi, Cikgu Nurfarahain Azriawil Tawil dan Cikgu Ahmad Yusri Bin Nor Hashim.

Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkenaan dengan UMS sebagai sebuah gedung ilmu di Sabah, khususnya sebagai sebuah EcoCampus pertama di kalangan universiti awam di Malaysia yang meletakkan komitmen untuk mempertahankan dan memperkasakan kelestarian alam sekitar dan kampus pada tahap agenda keseluruhan universiti.

Encik Kueh Boon Hee @ Kelvin selaku Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus telah memberikan taklimat tentang konsep-konsep penting dalam pengurusan mampan alam sekitar dan kampus. Bukan itu sahaja, beliau turut memperlihatkan demonstrasi teknik kitar semula (upcycling) secara decoupage, dan memberikan tunjuk ajar proses penghasilan produk decoupage menggunakan botol-botol kaca terpakai. Beliau turut menyampaikan 2 set Kit Kitar Semula Decoupage kepada SMK Pengiran Omar, Sipitang bagi pihak UMS agar amalan kitar semula secara decoupage boleh diteruskan oleh pihak sekolah selepas lawatan.

Rombongan SMK Pengiran Omar, Sipitang juga dibawa melawat beberapa tempat menarik dalam UMS sewaktu lawatan seperti Pusat Maklumat Pelawat EcoCampus (EVIC), Perpustakaan UMS, Tangga Pinakol UMS, Menara Jam UMS dan Pantai UMS, ODEC.

Oleh:

Siti Nursofiyara Asmari

Pelajar Latihan Industri Pusat Pengurusan EcoCampus 

 

ENGLISH VERSION:

On the 27th of June 2019, the EcoCampus Management Centre received a study tour from Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengiran Omar, Sipitang to Universiti Malaysia Sabah. The study tour was attended by 37 of Form 1 -5 students who were also the Resource Room Prefects with 3 accompanying teachers, namely Mdm. Syahnur Azura Binti Mohd. Saufi, Mdm. Nurfarahain Azriawil Tawil and Mr. Ahmad Yusri Bin Nor Hashim.

The aims of the study tour were to provide exposure and explanation related to UMS as a higher learning institution in Sabah, especially as an EcoCampus which is the first among public universities in Malaysia that has put the commitment to defend and strengthen environmental and campus sustainability at the level as a university agenda.

Mr. Kueh Boon Hee @ Kelvin, the Acting Director of the EcoCampus Management Centre delivered a briefing on the important concepts in sustainable management of the environment and campus. Mr. Kelvin also demonstrated to the students on decoupage upcycling techniques and the complete steps in the process of making decoupage artworks using discarded glass bottles. He handed over 2 sets of the Decoupage Upcycling Kits to SMK Pengiran Omar, Sipitang on behalf of UMS to ensure that upcycling efforts via decoupage could be continued by the school after the study tour.

The school also visited several places of interest at UMS during the study tour such as EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC), UMS Pinakol Stairways, UMS Clock Tower and UMS Beach, ODEC.

By:

Siti Nursofiyara Asmari

Industrial Training Intern EcoCampus Management Centre