English (UK)BahasaMelayuMalaysia

pengenalan

PENGENALAN

Latar Belakang ERDEC

Entrepreneurship Research and Development Centre (ERDEC) sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (PPPK), terletak di blok Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah, telah dinaiktaraf menjadi pusat pada tahun 2014 sebagai salah satu pusat kecermelangan di UMS yang menfokuskan kepada penyelidikan dalam bidang keusahawanan serta aktiviti pembangunan usahawan tempatan. Bagi merealisasikan fungsi tersebut, ERDEC bekerjasama dengan usahawan, graduan universiti awam dan swasta, perusahaan kecil dan sederhana (SME), pusat dan institusi pembangunan keusahawanan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan di Sabah khususnya, dan Malaysia amnya. ERDEC juga menjadi pusat rujukan kepada graduan atau individu yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang keusahawanan.

 

Fungsi ERDEC

  • Menjadi pusat kecermelangan dalam penyelidikan berkaitan keusahawanan.
  • Menjadi pusat pembangunan keusahawanan yang berfokus kepada pembangunan usahawan dan masyarakat sekitar.
  • Menjadi pusat rujukan kepada graduan dan individu yang memerlukan khidmat nasihat dalam keusahawanan.
  • Bekerjasama dengan penyelidik serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam aspek penyelidikan dan pembangunan keusahawanan.

 

Kumpulan Sasaran

  • Graduan/alumni
  • Usahawan/pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (SME)
  • Agensi/Institusi kerajaan dan bukan kerajaan yang telibat dalam pembangunan keusahawanan
  • Penyelidik/ahli akademik

PERISTIWA | Selanjutnya