BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

SISTEM INSTRUMEN SOSIOEMOSI OKU-PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Authors: Mohd Aqmil Syah Bin Nadire and Salmah Fattah

 

Abstract:

Kajian ini dibuat untuk mencari satu kaedah penyampaian instrumen penyelidikan penyukatan tahap kebahagiaan subjektif orang kurang upaya pembelajaran (OKUPb) berasaskan web secara efisien. Penyelidikan yang dilakukan pada masa ini menggunakan sistem manual dan seringkali mengalami masalah dari segi penyampaian kepada OKU-Pb dan proses mendapatkan maklumat daripada hasil sukatan yang telah dilakukan. Kajian dilakukan dengan cara mengkaji keseluruhan sistem lama dari semua aspek seperti penyampaian instrumen, penyimpanan rekod, penjanaan statistik, pengemaskinian instrumen dan kesahihan keputusan kajian. Ini bertujuan agar kaedah yang dibangunkan kelak serasi dengan sistem lama dan memenuhi kehendak semasa. Sistem ISEOKU-Pb Berasaskan Web ini dibangunkan untuk menyukat kebahagiaan subjektif OKU seterusnya boleh
menjana statistik secara automatik. Skop Pengguna dalam sistem ini ialah golongan orang kurang upaya pembelajaran dan penyelidik psikologi daripada Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Sabah. Metodologi yang digunakan ialah model aplikasi pantas-prototaip Sistem baru yang dibangunkan turut memperkenalkan pangkalan data MySQL yang dihubungkan dengan pengaturcaraan PHP sebagai server scripting manakala web development tools seperti Macromedia Dreamweaver untuk membangunkan antaramuka pengguna. Sistem yang dibangunkan ini adalah berasaskan web dan akan memudahkan proses pelaksanaan Instrumen ISEOKU-Pb kepada orang kurang upaya pembelajaran.