BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Sistem Inventori Perkakasan Komputer

Authors: Ivy Pachelles and Mohd Hanafi Ahmad Hijazi

Abstract:

Projek ini melibatkan pembangunan prototaip sistem inventori perkakasan komputer dalam organisasi Sabah Electrical Sdn Bhd (SESB). Sabah Electrical Sdn Bhd (SESB) menghadapi masalah untuk membuat kemaskini atau periksa status sekiranya  mereka mempunyai sebarang aduan selenggara komputer. Untuk mengatasi masalah ini, Sistem Inventori Perkakasan Komputer disediakan untuk memudahkan pegawai yang berkenaan untuk membuat pemeriksaan samada terdapat aduan selenggara atau menerima perkakasan yang baru. Prototaip ini merupakan sistem ’stand alone’ tanpa terikat dengan sistem yang lain. Diharapkan bahawa projek ini dapat mencetuskan idea dan memberikan manfaat dan kelebihan kepada orang yang menggunakan sistem ini.

 

Download: pdf