BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)
btn other linksbtn other links newsbtn other links news latestbtn other links news archivebtn other links news eventsbtn other links faq

Latest

PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI (MSI) OPS JELAJAH CYBER EDISI NEGERI SABAH

 

SABAH, 18 MEI 2017- CyberSecurity Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan PUSPANITA telah mengadakan Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) Ops Jelajah Cyber Edisi Negeri Sabah bertempat di Bilik Kulianh 1, Bangunan PPST, Universiti Malaysia Sabah. Program selama dua hari ini telah dilaksanakan pada 18 & 19 Mei 2017 dan penyertaan adalah terbuka kepada semua golongan masyarakat di negeri Sabah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Hairani Hussaini, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Solahuddin bin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia dan Profesor Madya Dr Ismail Ali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sabah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah Khidmat Rundingancara & Baik Pulih Data oleh MyCSC, Latihan Program Pembangunan Usahawan (EDP) MyCSC dan Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber (CyberSAFE). Program ini merupakan penganjuran kali kedua program yang sama melibatkan CyberSecurity Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah. Penganjuran pada tahun ini juga menyaksikan penglibatan pihak PUSPANITA sebagai penganjur bersama. Pelbagai manfaat dan ilmu yang berguna diperolehi oleh para pelajar dalam menangani isu dan masalah berkaitan keselamatan cyber. Selain itu, pelajar juga mendapat pendedahan secara tidak lansung tentang peluang kerjaya yang berkaitan selepas menamatkan pengajian kelak.