BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PROGRAM PENGAJIAN

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) adalah program ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh Fakulti Informatik dan Pengkomputeran di Kampus Induk Kota Kinabalu. Program ini ditawarkan bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kejuruteraan perisian dan pengurusan projek pembangunan perisian. Pelajar akan didedahkan dan dilatih tentang asas-asas sistem komputer serta teknologi-teknologi terkini dalam bidang sains komputer. Antara Kursus-kursus yang ditawarkan termasuklah pengaturcaraan komputer, kejuruteraan perisian, pengaturcaraan antaramuka komputer dan bahasa-bahasa pengaturcaraan. Di tahun akhir pengajian, pelajar akan menjalani latihan industri dan menyiapkan satu projek yang berkaitan dengan pembangunan perisian dari pelbagai disiplin di bawah seliaan pensyarah akademik.

Prospek Kerjaya

Berpeluang menceburi bidang Jurutera Perisian Komputer- Perisian Aplikasi, Jurutera Perisian Komputer-Sistem Rangkaian, Pentadbir Sistem Komputer dan Rangkaian, Juruanalisa Sistem Rangkaian dan Komunikasi Data, Pentadbir Pangkalan Data, Juruanalisa Sistem Komputer dan Pakar Sokongan Komputer.

btn hc05 network

btn hc12 multimedia

btn hc13 ecommerce