BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PROGRAM PENGAJIAN

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Rangkaian)

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Rangkaian) merupakan program yang ditawarkan oleh Fakulti Informatik dan Pengkomputeran di Kampus Induk Kota Kinabalu. Program ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berkemahiran dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai bidang sains komputer dan rangkaian. Kursus yang ditawarkan adalah selari dengan silibus standard IEEE dan ACM Computing. Pelajar akan didedahkan dan dilatih asas-asas pengaturcaraan komputer, analisis dan rekabentuk sistem, komunikasi data, rangkaian komputer, Sistem teragih, pengurusan sistem, pengurusan rangkaian dan pengkomputeran tanpa wayar dan mudah alih. Di samping itu, beberapa modul daripada Cisco Networking Academy turut diintegasikan di dalam kursus-kursus yang terpilih. Selain daripada kemahiran teknikal, kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kerjasama dalam kumpulan dan kemahiran dalam pengurusan turut diterapkan ke dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Pelajar juga akan didedahkan dengan aplikasi teori dan kemahiran yang dipelajari di dalam kelas dalam proses penyelesaian masalah melalui latihan industri dan projek akhir tahun.

Prospek Kerjaya

Berpeluang menceburi bidang pekerjaan seperti Pentabir Rangkaian, Pengurus LAN, merancang, merekabentuk, memasang dan mengurus sistem rangkaian.

btn hc00 softwarebtn hc12 multimediabtn hc13 ecommerce