BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PROGRAM PENGAJIAN

Sarjana Muda Sains (Teknologi Multimedia)

Sarjana Muda Sains (Teknologi Multimedia) dengan kepujian adalah program ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh Fakulti Komputeran dan Informatik di Kampus Antarabangsa Labuan. Pendekatan pengajaran dalam program ini adalah secara teori dan pratikal. Program ini akan memperlengkapkan pelajar dengan kemahiran asas dalam bidang seperti media interaktif, seni grafik, teknologi audio, animasi video dan penerbitan. Pelajar juga akan didedahkan dengan kemahiran menggunakan perkakasan multimedia dan bahasa pengaturcaraan yang terkini seterusnya mempertingkatkan lagi kemahiran secara teknikal di kalangan pelajar dalam merekabentuk dan membangunkan aplikasi multimedia.

Prospek Kerjaya

Berpeluang menceburi bidang pekerjaan seperti Animator komputer, Pakar Video, Pereka Grafik komputer, Pengaturcara, Pereka Antaramuka, Pereka Pangkalan Data dan Pembangun Aplikasi Interaktif Multimedia.

btn hc00 software

btn hc05 network

btn hc13 ecommerce