BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PROGRAM PENGAJIAN

Sarjana Muda Teknologi Maklumat (E-Commerce)

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (E-Commerce) adalah program ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh Fakulti Komputeran dan Informatik di Kampus Antarabangsa Labuan. Program ini memberi pendedahan kemahiran pembangunan sistem atas talian dan pengetahuan mengenai perdagangan secara elektronik yang merangkumi topik-topik perniagaan dan teknikal. Pelajar akan didedahkan dengan operasi e-dagang melalui peringkat pembentangan, peringkat perniagaan dan capaian pangkalan data. Program sarjana muda ini menekankan pengajaran dalam kecelikan komputer, pembangunan lama e-dagang, pengaturcaraan dan pemasaran internet. Program ini mengikuti perkembangan terkini sekitaran teknologi e-dagang.

Prospek Kerjaya

Berpeluang menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembangun Laman Web, Pereka Aplikasi Laman Web, Pereka Laman Web Interaktif, Pereka Pendidikan Laman Web, Pengaturcara, Penganalisis Sistem, Pereka Pangkalan Data dan Penganalisis Rangkaian.

btn hc00 softwarebtn hc05 networkbtn hc12 multimedia