BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)
btn other linksbtn other links newsbtn other links news latestbtn other links news archivebtn other links news eventsbtn other links faq

terkini

Pada Semester 1 Sesi 2017/2018, Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) telah menerima tiga orang pelajar dari Universiti Utara Malaysia bagi program mobiliti pelajar. Pihak fakulti telah menganjurkan satu lawatan muhibbah sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran para pelajar tersebut. Objektif lawatan tersebut ialah memperkenalkan kecantikkan dan keunikkan daerah Ranau dan budaya masyarakat setempat.

Lawatan tersebut telah dijalankan pada 26 November 2017 dan diselia oleh dua orang pensyarah FKI, Cik Nordaliela Mohd Rusli dan Cik Norhayati Daut. Perjalanan telah bermula seawal jam 6 pagi dan jarak dari Kota Kinabalu ke Ranau mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Setiba di Kundasang, para pelajar telah diperkenalkan kepada Bukit Crystal yang merupakan salah satu lokasi yang terkenal dengan pemandangan pekan Kundasang yang indah.

Setelah itu, lawatan diteruskan ke Sungai Moroli di Kampung Luanti, Ranau untuk melihat kawasan pemeliharaan ikan kelah. Para pelajar juga diperkenalkan dengan sistem tagal yang terdapat di sungai tersebut. Mereka juga turut berkesempatan melihat cara-cara penyediaan makanan tempatan seperti serunding tuhau.

Kemudian, lawatan disambung ke ladang teh yang terletak berhampiran dengan Kampung Luanti. Selain melihat cara-cara memproses daun teh, sejarah Kem Prisoner of War (POW)  juga turut diperkenalkan. Ladang teh ini merupakan laluan POW Route yang digunakan dalam Sandakan Death March ketika perang yang berlaku pada tahun 1942 dan 1943. Ketika Sandakan Death March, tahanan perang yang terdiri dari tentera Australia dan British telah dipaksa berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau sejauh 260 km.

Destinasi seterusnya ialah Kolam Air Panas Poring. Di sana, para pelajar telah diberi penerangan tentang sejarah kewujudan mata air panas dan khasiatnya. Mereka juga berpeluang untuk mencuba laluan kanopi sepanjang 175 meter yang berada pada ketinggian 40 meter dari atas tanah.

Lawatan ini telah berakhir pada jam 4.30 petang apabila hujan mulai turun dengan lebatnya. Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu bermula setelah berkunjung ke pasar sayur dan buah-buahan di Kundasang dan tiba ke penginapan masing-masing pada jam 6.45 petang.