BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

 

btn about us btn about us deans msgbtn about us profilebtn about us visionbtn about us sitemapbtn about us admin

Visi, Misi dan Objektif

VISI

Fakulti Komputeran dan Informatik bertekad menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi maklumat yang berinovatif, kreatif dan bertaraf dunia.

 

MISI

Fakulti Komputeran dan Informatik bertekad mencapai kecemerlangan ilmiah dalam bidang teknologi maklumat serta mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat masyarakat dan keseimbangan pengkhususan.

 

OBJEKTIF

* Membangun dan meningkatkan kelestarian persekitaran bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran di samping memperkembangkan ilmu bidang komputeran, E-dagang dan teknologi maklumat.

* Menyediakan program yang seimbang dari segi teori dan praktis yang akan menjadi asas kepada pelajar dalam pembentukan kerjaya profesional mereka dalam bidang komputeran, E-dagang dan teknologi maklumat.

* Memperbaiki dan menempatkan kedudukan fakulti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dari segi kajian, pengajaran dan pembelajaran.

* Menyediakan peluang kepada pelajar di dalam pembangunan kerjaya mereka melalui pendidikan yang berkualiti tinggi.

* Memastikan kursus yang berkualiti menjurus kepada yang terkini teknik terbaru dan sejajar dengan keperluan industri semasa.