Bahasa MelayuEnglish (United Kingdom)

pdf icon Klik untuk muat turun 

Kejuruteraan Awam ialah bidang yang berkaitan dengan perancangan , rekabentuk dan pembinaan infrastruktur untuk masyarakat. Jurutera awam adalah golongan profesional yang kreatif dalam mengabungkan teori, pratikal dan kebolehan mentadbir di dalam aktiviti-aktiviti kerja mereka. Program kejuruteraan awam di UMS mengandungi unsur-unsur bersifat teori dan pratikal yang direkabentuk untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas dalam kerjaya profesional. Pelajar akan mempelajari antara lain bahan kejuruteraan, struktur, geoteknik, hidraulik, sumber air, ukur, pengurusan dan undang-undang, perakaunan dan projek tahun akhir. Aspek-aspek teori akan disokong oleh latihan dan pratikal yang akan dikendalikan dalam kelas-kelas makmal, projek rekabentuk, kerja lapangan, lawatan dan latihan industri. Senarai kursus yang ditawarkan antaranya adalah Bahan Kejuruteraan, Geologi Kejuruteraan, Statistik, Mekanik Bendalir, Mekanik Tanah, Hidrologi, Kejuruteraan Trafik dan Lebuhraya dan Kaedah Unsur Terhingga.

 

PROSPEK KERJAYA

Staf jurutera / jurutera geoteknik kanan, staf jurutera / jurutera stuktur kanan, jurutera penyelenggaraan jalanraya, pengurus projek, jurutera lebuhraya dan trafik, jurutera rawatan air dan air sisa, jurutera forensik bangunan, jurutera perparitan dan pengairan, jurutera penyelenggaraan -struktur, juru ukur bahan, tutor/pensyarah kejuruteraan awam.

 

 

 

Syarat KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

 

Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Diploma Sains dari institusi-institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

Dan

 Mendapat sekurang-kurangya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics / Additional Mathematics
  • Physics
  • Chemistry

 Atau

 Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics /  Futher Mathematics T
  • Physics
  • Chemistry

Atau

 Mendapat Sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics
  • Physics / Engineering Physics
  • Chemistry / Enginering Chemistry

 Dan

 Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris atau mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian English Test (MUET)