Bahasa MelayuEnglish (United Kingdom)

pdf icon Klik untuk muat turun

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik adalah program pengajian empat tahun yang menekankan pemprosesan tenaga dan infomasi menggunakan fenomena elektromagnetik dan sifat-sifat bahan. Program ini merangkumi aplikasi pratikal prisiop fizikal dan teknologi elektrik, sains bahan, elektronik dan sebagainya untuk pemanasan, pencahayaan, pacuan industri, robotik, radio dan komunikasi serta komputer untuk memproses infomasi dan kawalan. Jurutera elektrik dan elektronik boleh ditemui dalam setiap bidang industri dan perniagaan. Pelajar akan mempelajari analisa litar, eletronik, mikroelektronik, elektronik kuasa, mesin elektrik dan pacuan, sistem kuasa, sistem kawalan, kejuruteraan voltan tinggi, penggunaan tenaga, komputer dan rekabentuk digital dan komunikasi analog dan digital. pemprosesan isyarat dan imej, robotik sesrta automasi industri. Kursus-kursus tersebut dilengkapi dengan makmal-makmal dan lawatan industri ke syarikat pembuatan. Latihan Industri selama 10 minggu dan projek tahun akhir individu selama satu tahun adalah dimestikan bagi setiap pelajar dalam program ini.

 

PROSPEK KERJAYA

Jurutera perunding, jurutera produksi, jurutera aplikasi, jurutera jualan produk, jurutera servis, jurutera fasiliti, jurutera projek, jurutera kualiti, jurutera penyelidikan & pembangunan, jurutera kordinasi, jurutera penyelenggaraan, jurutera ujian, jurutera elektrik/elektronik.

 

Syarat KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Diploma Sains dari institusi-institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

Dan

Mendapat sekurang-kurangya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics / Additional Mathematics
  • Physics
  • Chemistry

Atau

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics /  Futher Mathematics T
  • Physics
  • Chemistry

Atau

Mendapat Sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics
  • Physics / Engineering Physics
  • Chemistry / Enginering Chemistry

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris atau mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian English Test (MUET)