Bahasa MelayuEnglish (United Kingdom)

pdf icon Klik untuk muat turun

Kejuruteraan Kimia adalah cabang kejuruteraan yang menjurus kepada pengetahuan merekabentuk dan mengoperasi loji-loji agar ianya bersifat ekonomi, selamat, mesra alam sekitar dan seterusnya berupaya memproses bahan mentah kepada hasil yang bernilai komersial. Jurutera kimia akan dilatih untuk mengaplikasikan fizik, kimia dan matematik dalam mengenalpasti dan menganalisis masalah-masalah berkaitan. Seterusnya mengoptimumkan kaedah-kaedah penyelesaian. Jurutera kimia perlu mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah-masalah yang bersifat multi-disiplin dan berupaya bekerja sama ada secara individu atau berkumpulan. Mempunyai matlamat untuk menghasilkan graduan profesional dan beretika yang berupaya untuk menguruskan sumber daya bangsa bertangggungjawab di bidang persekitaran, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan sosial dengan mendaftar sebagai Jurutera Graduat dan kelayakan untuk status Jurutera Profesional, menyedari pentingnya pertumbuhan profesional lebih lanjut melalui pendidikan yang berterusan dan memberikan sumbangan sebagai pemimpin melalui latihan profesional mereka dan lagi melalui penyertaan mereka dalam kegiatan-kegiatan baik kerajaan atau bukan kerajaan, tempatan dan luar negeri.

Jurutera kimia sering mendapat permintaan di industri pembuatan, industri pemprosesan tanaman untuk menguruskan proses skala besar bagi menghasilkan makanan, bahan kimia pertanian, perubatan, produk konsumer, minyak dan gas dan petrokimia.

Pelajar akan didedahkan kepada subjek-subjek seperti termodinamik, kimia dan bioproses, unit operasi, keselamatan dan penghindaran kehilangan, rekabentuk loji, pengurusan dan perakaunan.

 

PROSPEK KERJAYA

Jurutera operasi loji, jurutera proses, jurutera pengeluaran, pakar penghasilan produk, pereka reaktor, pakar penukar haba, pakar talian paip, jurutera kawalan kualiti, pengurus.

 

altalt

 

Syarat KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Diploma Sains dari institusi-institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

Dan

Mendapat sekurang-kurangya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics / Additional Mathematics
  • Physics
  • Chemistry

Atau

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics /  Futher Mathematics T
  • Physics
  • Chemistry

Atau

Mendapat Sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics
  • Physics / Engineering Physics
  • Chemistry / Enginering Chemistry

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris atau mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian English Test (MUET)