Bahasa MelayuEnglish (United Kingdom)

Elektronik (Komputer)

pdf icon Klik untuk muat turun

Perkembangan pesat industri pengkomputeran dan teknologi maklumat di negara ini memerlukan sejumlah besar kepakaran dalam sektor kejuruteraan komputer pada kadar 10% setahun. Bagi memenuhi keperluan ini, UMS menawarkan program Kejuruteraan Komputer dengan matlamat utama menyediakan pendidikan dasar yang luas dalam bidang elektronik, perkakasan dan perisian komputer. Para pelajar dibekalkan dengan kemahiran teknikal dalam memahami, merekabentuk dan mengaplikasi litar-litar elektronik yang meliputi bidang-bidang utama iaitu mikropemproses, periferal komputer, elektronik kuasa dan kegunaan komputer bagi membangunkan aturcara. Prospek kerjaya adalah memberangsangkan dan para graduan mempunyai peluang pekerjaan yang luas dalam spektrum industri. Kemajuan moden bidang pengkomputeran, komunikasi dan elektronik menjadi tumpuan utama badan-badan organisasi.

 

PROSPEK KERJAYA

Sains komputer, pakar sokongan sistem atau jurutera sistem, pemaju aplikasi, pemaju perisian, staf jurutera / jurutera perisian, jurutera komputer / rangkaian, pengurus portfolio pengkomputeran grid, pengurus maklumat keselamatan, jurutera elektronik, jurutera staf - pemprosesan isyarat digital, jurutera staf rekabentuk ASIC, jurutera kanan / pengurus - perekabentuk litar digital, jurutera / jurutera kanan - rekabentuk IC digital, jurutera staf kanan - terbenam, tutor / pensyarah kejuruteraan komputer.

 

Syarat KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Diploma Sains dari institusi-institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

Dan

Mendapat sekurang-kurangya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics / Additional Mathematics
  • Physics

 

Atau

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics /  Futher Mathematics T
  • Physics

 

Atau

Mendapat Sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics
  • Physics / Engineering Physics

 

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris atau mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian English Test (MUET)