Bahasa MelayuEnglish (United Kingdom)

pdf icon Klik untuk muat turun

Kejuruteraan Mekanikal adalah berkaitan dengan rekabentuk, pembangunan dan pembuatan kelengkapan dan produk. Sebagai satu profesion, ia melibatkan setiap aspek dalam industri pembuatan bermula dari proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), rekabentuk, pembuatan, pengujian, pemasaran dan pembangunan teknologi. Kursus selama 4 tahun dalam bidang ini menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan di dalam teori dan aplikasi mesin, termodinamik, pembuatan, pengurusan, CAD, rekabentuk produk dan aspek-aspek lain yang berkaitan. Penekanan diberikan kepada kerja-kerja makmal dan penggunaan teknologi rekabentuk berasaskan komputer. Graduan program ini mempunyai peluang pekerjaan yang luas di dalam bidang pembuatan, pemasaran, perundingan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) dan industri pembinaan.

 

PROSPEK KERJAYA

Jurutera mekanikal bekerja di hampir ke semua sektor industri termasuklah aeroangkasa, otomotif, minyak dan gas, semikonduktor, perubatan, kejuruteraan binaan, pemprosesan makanan, bangunan dan binaan, pembuatan, tenaga dan kuasa, pendidikan serta ladang dan proses-proses.

 

Syarat KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Diploma Sains dari institusi-institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

Dan

Mendapat sekurang-kurangya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics / Additional Mathematics
  • Physics
  • Chemistry

Atau

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics /  Futher Mathematics T
  • Physics
  • Chemistry

Atau

Mendapat Sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics
  • Physics / Engineering Physics
  • Chemistry / Enginering Chemistry

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris atau mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian English Test (MUET)