BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)
LOGO
 

Sekapur Sireh

 

Salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web Unit Penyelidikan Warisan Borneo (UPWB), Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Semoga laman web UPWB ini dapat memaparkan maklumat yang berguna kepada anda. UPWB telah ditubuhkan pada Januari 2013 bertujuan memberikan tumpuan penyelidikan kepada warisan pelbagai peribumi yang menetap di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak (Malaysia), Kalimantan (Indonesia) dan Brunei Darussalam.   

Pelbagai kumpulan peribumi yang sejak sekian lama menetap di Borneo kaya dengan warisan masing-masing. Hal ini membuka peluang dan mencetuskan ilham kepada penyelidik UPWB dalam menjalankan projek penyelidikan yang berkait rapat dengan sistem kepercayaan, ritual, perubatan, amalan pertanian tradisional, tarian, kostum, folklor, muzik, kesenian dan banyak lagi warisan peninggalan nenek moyang peribumi di Borneo.

UPWB mengalu-alukan unit penyeidikan dan institut dari universiti lain, sama ada universiti tempatan atau universiti luar negara bagi menjalinkan kerjasama dua hala dari segi penyelidikan, penganjuran seminar dan persidangan serta penerbitan akademik. Semua ahli akademik yang berminat atau sedang berkecimpung dalam bidang penyelidikan warisan Borneo dialu-alukan untuk memohon dan menyertai UPWB sebagai felo penyelidik sukarela.

Terima kasih atas minat anda terhadap UPWB. 

Yang ikhlas, 

Profesor Madya Dr. Low Kok On,

Ketua,

Unit Penyelidikan Warisan Borneo.

 

ssoembosssmpembosshrembossmycpdemboss emelstafemboss smartumsembosselnptakademikembosselnptbknakademikemboss