PENGENALAN PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (HUBUNGAN ANTARABANGSA) - (HA15)
Arus globalisasi telah memberi kesan yang mendalam terhadap aktiviti politik dan sosio-ekonomi negara-bangsa. Globalisasi juga telah menyebabkan sebuah negara-bangsa itu bertindak sedemikian rupa untuk tujuan kelangsungan, dan dalam keadaan tertentu ianya telah menggugat kepentingan nasional negara lain. Oleh yang sedemikian, Program Hubungan Antarabangsa diwujudkan untuk memahami persoalan-persoalan seperti "bagaimana, bila dan apa" dalam konteks dinamik hubungan antara negara. Program ini menawarkan gabungan analisis teori dan emperikal yang memberi ruang kepada kajian perkembangan sejarah dan isu-isu semasa berkaitan politik antarabangsa. Di antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti teori-teori hubungan antarabangsa, ekonomi politik antarabangsa, politik serantau, kajian keselamatan dan isu-isu semasa perhubungan antarabangsa.
Prospek Kerjaya
Pegawai tadbir dan diplomatik, penganalisis politik antarabangsa, wartawan, tenaga pengajar dan penyelidik, pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).