BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

1. Apakah arah tuju Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

-  Membekalkan pendidikan ilmu kesenian berasaskan teknologi yang menyeluruh bagi melahirkan siswazah yang berpendidikan seni dan berupaya menatar, memasar dan memasyarakatkan seni.

-  Menghasilkan siswazah-siswazah yang dapat mengemblengkan ilmu kesenian dengan ilmu-ilmu lain yang berorientasikan teknologi dan pasaran dalam menghasilkan karya seni.

-  Melahirkan kumpulan pakar dalam kesemua bidang teknologi kreatif dan gunaan yang menawarkan khidmat pakar rujukan dan rundingan

-  Melahirkan usahawan-usahawan seni yang terlibat secara agresif dalam industri kesenian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

-  Melahirkan siswazah yang tampil dan berkemahiran interaksi inter-personal, inter-kelompok dan inter-masyarakat.

2. Apakah program yang ditawarkan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Kami menawarkan sembilan (9) program utama  iaitu:

Program Seni Kreatif, Program Muzik, Program Teknologi Seni Visual, Program Sejarah, program Geografi, program Hubungan Antarabangsa, program Sosiologi dan Antropologi, program Komunikasi dan program Hubungan Industri.

3. Apakah prospek kerjaya lepasan Fakulti Kemanusiaan,Seni dan Warisan

Seperti yang ditekan dalam matlamat FKSW, para graduan sekolah ini akan dilatih untuk memahami dan menghayati semua konsep dan teori kesenian yang berkaitan demi membolehkan mereka maju ke hadapan dalam salah satu kerjaya berikut:

  • Pengajian Seni Muzik- Penggubah muzik, lagu, skor filem, jingle, pemimpin muzik chamber & orkestra, penerbit muzik,pengarah, koir, ahli terapi muzik, pustakawan muzik, juruteknik siaraya, jurutera bentuk studio, juruteknik studio rakaman, editor audio digital, juru sintesis muzik, pemuzik 'session', vokalis dan penyanyi latar, pengkaji konsumer, konsultan perniagaan muzik, penulis lirik.
  • Pengajian Seni Kreatif- Penulisan biografi, penulisan skrip, lakon-layar, editorial, dokumentari, penulis lirik, drama, kolumnis, editor naskahm pengulas buku, pengkritik sastera dan kesnian, produser seni persembahan, pengurus acara(event manager), pengurus pentas, pengurus produksi, eksekutif pemasaran seni, pensyarah dan jurulatih seni penulisan, seni visual dan seni pementasan, pereka busana, ahli terapi tari, koreografer, jurulatih senitari, penerbit rancangan, pengarah seni lakon, pegawai kebudayaan.
  • Teknologi Seni Visual- Pengarah teknikal teater, guru seni, kurator galeri, pengurus operasi teater & box office, pengarah eksekutif penerbit & percetakan, seniman tamu, pelukis grafik, pereka imej dalaman, pereka, seramik, penerbit rancangan tv & radio, editor suntingan video digital, penyelidik penyiaran media, ahli sinematografi, jurugambar, copy writer, juru animasi, pengawal laman web, wartawan media cetak.
  • Sejarah  -Pegawai Tadbir di Jabatan Arkib/ Muzium, Penyelidik di Jabatan Arkib/ Muzium, Tenaga pengajar.
  • Geografi - Pegawai/Pembantu Penyelidik, Pakar Runding, Penganalisis Sistem Maklumat, Tenaga Pengajar, Pegawai Perancangan Bandar, Pegawai Meteorologi.
  • Hubungan Antarabangsa- Pegawai tadbir dan diplomatik, penganalisis politik antarabangsa, wartawan, tenaga pengajar dan penyelidik, pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Badan-badan Bukan Kerajaan lain.
  • Sosiologi dan Anthropologi Sosial - Pegawai Penyelidik Sosial, Pegawai Tadbir Awam, Kurator.
  • Hubungan Industri - Pegawai perhubungan perusahaan, pegawai sumber manusia, pegawai tadbir, tenaga pengajar.
  • Komunikasi-Tenaga pengajar, penulis, jurnalis, pegawai perhubungan awam, penerbit program.

 

ssoembosssmpembosshrembossmycpdemboss emelstafemboss smartumsembosselnptakademikembosselnptbknakademikemboss