BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Prasiswazah

PROGRAM PRASISWAZAH:

01.

IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (SENI MUZIK) - (HA11)

Program Seni Muzik menawarkan kursus-kursus teori dan amali muzik yang merangkumi modul pengajian muzik klasik, muzik popular, muzik tradisional, muzik kontemporari dan muzik non-popular. Selain daripada tumpuan persembahan dan penciptaan, program ini juga menawarkan variasi ilmu pengajian industri muzik, perniagaan dan teknologi muzik, muzik liberal dan teknologi maklumat muzik termasuk sintesis bunyi, sampling dan pengaturcaraan komputer untuk penerapan muzik. Para pelajar dilatih untuk mengaanalisis dan meneroka secara analitis isu-isu berhubung dengan industri muzik di samping menerapkan ilmu teknologi di dalam hasil produksi seni.

Prospek Kerjaya

Penggubah muzik, penggubah lagu, skor filem, jingle, pemimpin muzik chamber, pemimpin muzik orkestra, penerbit muzik, pengarah, koir, ahli terapi muzik, pustakawan muzik, juruteknik siaraya, jurureka bentuk studio, juruteknik studio rakaman, editor audio digital, juru sintesis muzik, pemuzik 'session', vokalis dan penyanyi latar, pengkaji konsumer, konsultan perniagaan muzik, penulis lirik.

02.

IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (SENI KREATIF) - (HA05)

Program Seni Kreatif menawarkan kursus-kursus seni persembahan termasuk seni lakon, seni tari dan seni penulisan kreatif dan juga ilmu penataran dan pengurusan seni. Di samping menawarkan kursus-kursus teori dan amali dengan tujuan membina kemahiran dan penampilan pelajar dalam kesenian, program ini juga menekankan aspek pengurusan termasuk desain dan pengurusan studio dan teater, penataran seni dan seniman serta latihan amali.

Prospek Kerjaya

Penulisan biografi, penulisan skrip, lakon-layar, editorial, dokumentari, penulis lirik, drama, kolumnis, editor naskah, pengulas buku, pengkritik sastera dan kesnian, produser seni persembahan, pengurus acara (event manager), pengurus pentas, pengurus produksi, eksekutif pemasaran seni, pensyarah dan jurulatih seni penulisan, seni visual dan seni pementasan, pereka busana, ahli terapi tari, koreografer, jurulatih senitari, penerbit rancangan, pengarah seni lakon, pegawai kebudayaan.

03.

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SENI VISUAL DENGAN KEPUJIAN -  (HA32)

Program Teknologi Seni Visual menawarkan kursus-kursus teori dan amali seni visual yang merangkumi modul pengajian seni visual yang memfokuskan penggunaan teknik konvensional, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), teknologi bunyi dan pengaplikasian teknik multimedia. Di samping itu kemahiran pelajar dimantapkan dengan pembelajaran teori dan falsafah, kemahiran dalam membuat penyelidikan serta analisis tentang perkembangan industri seni visual.

Prospek Kerjaya

Pengarah teknikal teater, guru seni, kurator galeri, pengurus operasi teater & box office, pengarah eksekutif penerbit & percetakan, seniman tamu, pelukis grafik, pereka imej dalaman, pereka, seramik, penerbit rancangan tv & radio, editor suntingan video digital, penyelidik penyiaran media, ahli sinematografi, jurugambar, copy writer, juruanimasi, pengawal laman web, wartawan media cetak.

04.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (SEJARAH)  - (HA24)

Program ini memberikan tumpuan khusus kepada pengkajian sejarah Malaysia bermula dari sejarah Kesultanan Melayu Melaka hingga kepada perkembangan politik 1990. Tumpuan juga diberikan terhadap aspek pensejarahan Melayu, sejarah sosio-ekonomi serta sejarah Sabah dan Sarawak. Di samping itu, penekanan juga diberikan kepada sejarah Asia tenggara sebelum dan semasa Kolonialisme, Nasionalisme, pemodenan dan pembangunan di Asia Tenggara. Pelajar juga didedahkan kepada Sejarah Timur Tengah, Sejarah Amerika latin, Sejarah Amerika Syarikat, Sejarah Asia Timur, Sejarah Eropah, Sejarah Maritim, Arkeologi, Sejarah Australasia dan Oceania serta gerakan Tajdid Islah Dunia Islam. 

Prospek Kerjaya

Pegawai Tadbir di Jabatan Arkib/ Muzium, Penyelidik di Jabatan Arkib/ Muzium, Tenaga pengajar.

05.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (KOMUNIKASI) - (HA02)

Program ini menawarkan pendekatan pengajian komunikasi yang bercorak teoritikal, emperitikal dan profesional. Kursus-kursus memberi penekanan kepada corak dan amalan media di Malaysia dari segi produksi, representasi dan resepsi. Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai produk dan genre media dan digalakkan untuk menganalisis wacana dan naratif media secara kritis. Pelajar juga diperkenalkan kepada isu-isu berkaitan dengan polisi dan kawalan media, media baru dan globalisasi media serta impaknya, dari segi budaya, politik dan ekonomi terhadap masyarakat. Program menawarkan pengkhususan dalam bidang penyiaran, kewartawanan, perhubungan awam, dan pengiklanan dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam penulisan dan penerbitan profesional di samping berfikir secara kritis.

Prospek Kerjaya

Tenaga Pengajar, Pengarah Kempen, Komunikasi Korporat, Pegawai Perhubungan Awam, Wartawan, Wartawan Penyiaran, Penulis, Pembaca Berita, Penyampai Radio, Penerbit Radio dan Televisyen, Eksekutif Periklanan.

06.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (GEOGRAFI) - (HA18)

Program ini menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajian Geografi termasuk geografi fizikal, geografi kemanusiaan, geografi bandar, geografi ekonomi, persekitaran petempatan dan kependudukan, perancangan dan pengurusan gunatanah, serta kartografi dan grafik. Program ini juga memberi penekanan terhadap perkembangan penggunaan teknologi canggih yang menggabungkan semua bidang geografi melalui semua bidang geografi melalui Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan penderiaan jarak jauh yang menggunakan teknologi komputer, GIS dan Imej Satelit.

Prospek Kerjaya

Pegawai/Pembantu Penyelidik, Pakar Runding, Penganalisis Sistem Maklumat, Tenaga Pengajar, Pegawai Perancangan Bandar, Pegawai Meteorologi. 

07.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (HUBUNGAN INDUSTRI) - (HA12)

Program ini memperkenalkan kepada para pelajar mengenai hubungan di antara makjian, pekerja, kesatuan pekerja dan pemerintah berasaskan pendekatan interpersonal dan interorganisasi perhubungan pekerjaan. pelajar akan mengikuti kursus-kursus yang menekankan aspek multi-disiplin seperti perundangan buruh, sejarah perburuhan sosiologi industri, demokrasi industri, kajian hubungan industri, ekonomi dan politik, keselamatan dan kesihatan, struktur tenaga pekerja, korporasi transnasional, pengurusan sumber manusia antarabangsa dan hubungan pekerjaan di sektor formal serta tidak formal. Program ini juga akan menyentuh isu kesatuan sekerja, permasalahan dan penyelesaian pertikaian dalam industri. 

Prospek Kerjaya

Pegawai perhubungan perusahaan, pegawai sumber manusia, pegawai tadbir, tenaga pengajar.

08.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (SOSIOLOGI DAN ANTHROPOLOGI SOSIAL) - (HA14)

Program ini memperkenalkan kepada para pelajar pengetahuan berhubung konsep, teori, metod serta penyelidikan dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. Kursus-kursus yang ditawarkan termasuk Antropologi Bandar, Sosiologi Luar Bandar, Hubungan Etnik, Sosiologi Industri, Sistem Kekeluargaan, Struktur dan Organisasi Kekuasaan, Ketaksamaan Sosial, Masyarakat dan Agama, Pembangunan dan Alam Sekitar, Masyarakat dan Ekonomi, Sosiologi Alam Sekitar, Isu-isu Gender, Etnografi Borneo, Teori dan Metod dalam Etnomuzikologi, Sosiologi Organisasi Kompleks, Sosiologi Pelancongan, Sosiologi Migrasi dan juga Metodologi Penyelidikan dan Analisis Data.

Prospek Kerjaya

Pegawai Penyelidik Sosial, Pegawai Tadbir Awam, Kurator.

09.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (HUBUNGAN ANTARABANGSA) - (HA15)

Arus globalisasi telah memberi kesan yang mendalam terhadap aktiviti politik dan sosio-ekonomi negara-bangsa. Globalisasi juga telah menyebabkan sebuah negara-bangsa itu bertindak sedemikian rupa untuk tujuan kelangsungan, dan dalam keadaan tertentu ianya telah menggugat kepentingan nasional negara lain. Oleh yang sedemikian, Program Hubungan Antarabangsa diwujudkan untuk memahami persoalan-persoalan seperti "bagaimana, bila dan apa" dalam konteks dinamik hubungan antara negara. Program ini menawarkan gabungan analisis teori dan emperikal yang memberi ruang kepada kajian perkembangan sejarah dan isu-isu semasa berkaitan politik antarabangsa. Di antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti teori-teori hubungan antarabangsa, ekonomi politik antarabangsa, politik serantau, kajian keselamatan dan isu-isu semasa perhubungan antarabangsa. 

Prospek Kerjaya

Pegawai tadbir dan diplomatik, penganalisis politik antarabangsa, wartawan, tenaga pengajar dan penyelidik, pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

 

ssoembosssmpembosshrembossmycpdemboss emelstafemboss smartumsembosselnptakademikembosselnptbknakademikemboss