BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Apakah Ijazah-ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh FPEP?

FPEP menawarkan beberapa Ijazah dalam bidang Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan seperti Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Keusahawanan, Pengurusan Kewangan dan Perbankan, Pengurusan Perhotelan, Perniagaan Antarabangsa, Pemasaran dan Pengurusan Pelancongan), Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian ( Ekonomi Perancangan dan Pembangunan, Ekonomi Kewangan dan Ekonomi Sumber Manusia) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian. Untuk keterangan lanjut, sila klik disini.

Bilakah Permohonan dibuka?

Permohonan kemasukan dalam mana-mana Ijazah Sarjana Muda dibuka setahun sekali secara atas talian melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di Website http://upu.moe.gov.my/. Sila layari website ini untuk keterangan lanjut.

Apakah Kelayakan minima untuk memohon?

Calon hendaklah lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Matrikulasi  atau Diploma dan memnuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan bagi setiap program yang ditawarkan. Untuk keterangan lanjut, sila klik disini.