BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

pengenalan

Sarjana Pengurusan Modal Insan (MHCM)

Program Sarjana Pengurusan Modal Insan (MHCM) menyedikan pelajar untuk menjadi penyumbang strategik dan taktikal dalam organisasi mereka dan mencapai kejayaan sebagai pengurusan profesional sumber manusia. Kerja kursus, diajar dari perspektif pengamal, memberi tumpuan kepada penggunaan kecekapan sumber manusia di dalam cabaran dan peluang dunia sebenar.

Program ini berusaha untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  • Mewujudkan pengurus dan eksekutif yang berpengetahuan dalam aspek teori dan teknikal pengurusan sumber manusia.
  • Mengembangkan keupayaan pengurus untuk mengintegrasikan aspek teknologi sumber manusia dan psikologi pengurusan sumber manusia.
  • Menggalakkan dan mengembangkan pengurus yang bertanggungjawab yang akan mengetuai organisasi mereka kearah pembentukan sebuah persekitaran kerja yang cemerlang.
  • Meningkatkan tahap pengetahuan dan keyakinan di kalangan pengurus dalam pelbagai aspek (undang-undang, pengurus, teknologi) pengurusan sumber manusia yang akan mengukuhkan kecekapan pengurusan sumber manusia dalam organisasi masing-masing.
  • Meningkatkan kemahiran pengurusan sumber manusia yang akan membolehkan mereka untuk mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.